,
Hiburan

Dituduh Tak Ikhlas Kenang Derita Anak-Anak Gaza, Ini Respon Siti Nurhaliza!

Firdaus
27/03/2024
00:55 MYT
Dikatakan sengaja ‘menjual’ air mata untuk konten, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mendedahkan bahawa dirinya betul-betul terkesan melihat kesengsaraan kanak-kanak di Palestin.
Menurut Siti, setiap emosi serta perkara yang disuarakan adalah ikhlas dari sudut hati dan enggan ambil pusing tentang kata-kata negatif yang dilemparkan oleh segelintir pihak terhadap dirinya.

BERITA TRENDING: “Tak Sangka Allah Beri Saya Peluang Bantu” - Siti Nurhaliza Sebak Bercerita Baju Raya Anak-Anak Gaza

“Allah tahu tentang perasaan sebenar saya. Kalau dulu mungkin saya tak terasa sangat, tapi memandangkan saya memang dah terlibat dalam suasana ni dan saya memang dah ada keluarga. Juga anak-anak yang belajar di Sekolah Afwa Al Afiyah tu, mereka dah macam keluarga saya sendiri.
“Jadi secara tidak langsung, saya memang terkesan juga. Mungkin untuk orang yang tiada kena mengena, mereka tak terdetik atau terasa pun, sedih tu sedih tapi tak masuk dalam kepala mereka.
“Tapi untuk saya benda ni simpan dalam kepala saya, setiap hari saya tertanya-tanya tentang keadaan kanak-kanak di sana sama ada selamat ataupun tidak, takut dibom dan sebagainya.
“Jadi terpulang, tak perlu untuk saya balas balik apa yang orang katakan tentang saya. Bagi saya, apa yang saya suarakan adalah ikhlas tentang apa yang saya rasa,” katanya.

BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Nak Jual Kereta, Netizen Terhibur, - "Serious Buyer Only”

Sementara itu, Siti ketika ditemui di Majlis Iftar Nurjiwa Prihatin yang bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, memberitahu sebagai ibu, dirinya mudah tersentuh apabila melihat kanak-kanak serta orang awam dibunuh secara kejam oleh rejim Zionis.
“Kita dapat lihat anak-anak kecil dan wanita-wanita kebanyakannya menjadi mangsa. Saya tak mampu lihat sebab saya seorang ibu dan saya mempunyai anak. Bila saya tengok budak kecil jadi mangsa, saya teringat Afwa dan Afiyah.
“Saya terbayang kalau Afwa dan Afiyah berada di tempat tu macam mana. Saya sebenarnya memang jenis yang cepat menangis juga, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan anak-anak,” kongsinya.
Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat mengawal sebak setelah mengenangkan nasib anak-anak di Palestin sewaktu melakukan sesi siaran langsung di sebuah platform media sosial.
Bagaimanapun, perkara itu dijadikan isu oleh segelintir pihak yang menganggap bahawa emosi yang ditunjukkan pelantun lagu Wajah Kekasih itu hanya sekadar lakonan bagi meraih perhatian orang ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar