HIBURAN
Dituduh Pakai Tasbih Digital Terbalik, Ini Jawapan Ruhainies - “Mungkin Dalam Gambar Atau Video Nampak Macam…”
Pelakon, Ruhainies tampil menjawab kekeliruan netizen berkenaan cara penggunaan tasbih digital yang disarungkan jarinya.
Tasbih digital guna ikut keselesaan
Menerusi video pendek di Insta Story miliknya, Ruhainies berkata dia sebenarnya menggunakan tasbih itu dengan betul dan mengikut keselesaan dirinya.“Beberapa hari ini saya ada menerima komen yang cakap saya pakai tasbih ini terbalik. Setiap kali kalau kita selawat, kita guna jari ini (ibu jari) untuk tekan.“Kemudian nombor itu akan keluar begini, ini adalah point of view (pov) saya. Mungkin dalam gambar atau pun video korang nampak macam terbalik tetapi sebenarnya tidak,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Dakwa Nampak Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Bersama Di KLIA – “Hampa Nak Pi Mana Tu?”
ARTIKEL BERKAITAN:Masih Terima Kecaman, Ruhainies Terhibur Melihat ‘Haters’ Berterusan Tinggalkan Komen Negatif - “Mungkin Mereka Bosan Dengan…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Asyik Hantar Bunga, Bila Nak Hantar Rombongan?” - Ruhainies
ARTIKEL BERKAITAN:Gaya Pakai Reben Disamakan Dengan Bella Astillah, Risteena Jawab - “Tahun 2022 Dah Pakai, Tiada Istilah Siapa Tiru Siapa Okay”
ARTIKEL BERKAITAN:Lega Kes Khalwat Adik Selesai, Risteena Rancang Tunai Umrah & Beraya Bersama Ruhainies Di Makkah - "Yang Salah Tetap Salah"
Pemberian kenalan
Dalam video yang sama juga, Ruhainies memaklumkan tasbih itu adalah pemberian daripada salah seorang kenalannya dan direka khas di sebuah kedai di ibu kota.Sebelum ini, Ruhainies mendedahkan sedang fokus dengan misi berselawat 1,000 sehari selama 40 hari.“Ramai yang komen dan tanya saya di mana saya beli tasbih digital ini. Saya dapat daripada seseorang. Dia beli secara atas talian dan saya hantar ke Pavillion untuk perhiasaan rekaan khas,” ujarnya.
Must-Watch Video