,
Laman Utama

Dituduh ‘Over’ Kongsi Kisah Suami Berkorban Bangun Malam Tukar Pampers Anak, Elisya Sandha - “Saya Tak Perlukan Justifikasi Mereka”

Izwan Isa
13/07/2022
00:50 MYT
Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha meraikan majlis aqiqah anak perempuanya, Bunga Elhaq pada Hari Raya Aidiladha.
Bagi berkongsi dengan peminat dan pengikut, gambar-gambar sekitar majlis sambutan serba polos itu dimuat naik Elisya menerusi Instagramnya.
Selain gambar, Elisya turut menukilkan pesanan istimewa buat suaminya, Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada pasangan penerbit Sheila Rusly dan pengarah Jinggo.
Menerusi nukilan berkenaan, Elisya bercerita tentang pengorbanan suaminya yang bangun setiap malam bagi menukar lampin pakai buang anaknya selain memberikan susu.
Begitupun, perkongsian Elisya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Menurut pengguna media sosial, sudah memang menjadi tanggungjawab buat ibu dan bapa untuk menjaga anak dan hal tersebut bukanlah satu hal luar biasa yang harus dibincang.
Enggan melayan karenah netizen, adik kepada Fasha Sandha itu berkata, apa yang diluahkan di Instagram adalah ditujukan untuk suami dia ia adalah bersifat peribadi.
“Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis netizen atau yang berbaur negatif. Saya tak memerlukan justikasi mereka (netizen) dalam hal ini.
“Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka (netizen),” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Elisya berkata, selagi apa yang dikongsikan itu tidak bersifat buruk, ia bukanlah menjadi satu hal yang besar dalam kehidupan hariannya.
“Selagi saya rasa ia masih okey dan baik untuk dikongsi dan dizahirkan, ia takkan menjadi kudis pun. Hidup ini bukan sentiasa atau setiap masa perlu melihat segala sudut pandangan orang lain. Kalau asyik memikirkan pandangan orang, mungkin kita takkan ke mana-mana.
“Saya anggap luahan itu (kepada suami) adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti poyo atau apa saja tafsiran negatif,” katanya lagi.
Untuk rekod, Elisya dan Uzair bernikah pada 21 Ogos tahun lalu. Bunga pula dilahirkan secara pembedahan pada 18 Jun lalu di sebuah hospital di Ampang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ibu Mentua Dah Tanya Bila Nak Ada Anak Kedua, Elisya Sandha Pula Mahu Beli Rumah

gempak
10/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha mengakui ibu mentuannya iaitu pengarah dan pelakon Sheila Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua.
Hiburan

Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”

gempak
08/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha yang sentiasa berada bersamanya.
Hiburan

Mihrab Cinta Zulaikha Diinspirasi Daripada Kejadian & Konflik Sebenar!

gempak
01/06/2024
18:43 MYT
Platform Penstriman Popular iQIYI Kembali Dengan Drama Bersiri Terbaharu Lakonan Elisya Sandha, Azrel Ismail & Scha Elinnea
Laman Utama

“Mak Mentua Faham Kerja Saya, Tidak Cepat Menghukum” - Elisya Sandha

gempak
23/10/2023
23:50 MYT
Elisya syukur ada ibu mentua yang memahami.
Laman Utama

Isu Kanak-Kanak Didera Kekasih Ibu, Elisya Sandha Harap Suspek Diberkas - “Kau Memang Jantan Tak Guna! Dera Anak Orang!”

gempak
11/06/2023
12:50 MYT
Harap individu itu dapat balasan!