,
Berita

Dituduh Mencuri Wang, Rokok & Pemetik Api… Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah Singapura

Rozaimi Zubaidi
03/09/2019
06:31 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz didakwa di mahkamah Singapura hari ini atas tuduhan mencuri.
Menurut laporan Berita Harian yang disiarkan di portal Astro Awani, berdasarkan kertas pertuduhan, artis kontroversi itu didakwa mencuri wang sebanyak S$300 (RM909) dan Rupiah 1 juta (RM296) pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri.
Aliff didakwa melakukan perkara itu di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road, Singapura antara pukul 12 tengah malam dengan 3 pagi pada 7 Jun lalu.
Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz turut menghadapi tuduhan mencuri sekotak rokok dan pemetik api bernilai S$15.60 (RM47.29) milik Gurwinder Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.
Kejadian kedua itu didakwa dilakukan Aliff, 28, pada 6 Ogos lalu sekitar pukul 4.45 pagi.
Artis itu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin S$5,000 (RM15,000).
Perbicaraan akan disambung pada 1 Oktober ini.
Aliff yang pernah menempa populariti menerusi lagu Sayang Sayang mencetus beberapa siri kontroversi sejak beberapa tahun lalu.
Antara berita sensasi yang pernah dikaitkan dengannya ialah kemelut rumah tangganya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astilah.
Aliff didakwa curang terhadap isterinya dan dikatakan menjalin hubungan dengan beberapa pelakon wanita.
Skandal yang menyelubungi Aliff mendapat liputan meluas media Malaysia dan Singapura.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu bercerai pada 16 Mei lalu.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Ayden, yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.