,
Laman Utama

Dituduh ‘Meludah’ Mendiang Lata Mangeshkar, Shah Rukh Khan Buat Heboh! Tetapi, Ini Sebenarnya Yang Terjadi..

Azwa Rahman
09/02/2022
01:56 MYT
Kehadiran aktor Bollywood terkenal Shah Rukh Khan (SRK) ke upacara penghormatan terakhir pada mendiang ikon muzik India Lata Mangeshkar mengundang pelbagai reaksi masyarakat di sana.
Bukan hanya kerana akhirnya aktor filem Dilwale itu muncul di khalayak umum setelah sekian lama, tetapi dia didakwa telah meludah mayat mendiang Mangeshkar.
Namun adakah perkara itu terjadi?
Difahamkan SRK hadir di upacara penghormatan terakhir kepada Mangeshkar ditemani pengurusnya, Pooja Dadlani.
Upacara penghormatan terakhir tersebut diadakan di Taman Shivaji Mumbai dengan penghormatan penuh negara pada petang Ahad.
SRK menanti giliran untuk memberi penghormatan terakhir pada mendiang memandangkan ramai tetamu mahu melakukan perkara yang sama. Dia turut dilihat membawa bunga untuk mendiang penyanyi legenda tersebut.
Pada awalnya, SRK mengelilingi jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Mangeshkar. Setelah mengelilingi mayat, dia berdiri di sebelah pengurusnya dan menadah tangan membaca doa.
Selesai membaca doa, suami kepada Gauri Khan ini membuka pelitup mukanya dan meniup udara ke arah jenazah.
Aksi inilah yang telah didakwa sebagai ‘meludah’ dan heboh diperkatakan satu negara.
Bukan meludah, tindakan SRK meniup udara adalah salah satu perbuatan orang Islam di India setelah mereka membaca doa.
Media tempatan pula kemudiannya bertindak menjelaskan tindakan meniup udara tersebut bagi meleraikan ketengangan yang tercetus.
Pada Ahad lalu, dunia dikejutkan dengan pemergian Lata Mangeshkar, 92, akibat dijangkiti COVID-19.
Mendiang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Breach Candy pada 11 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Bollywood

Penyanyi Bengang Dibaling Kasut, Cabar Peminat: “Siapa Buat? Naik Ke Pentas!”

gempak
09/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tauba Tauba, Karan Aujla berang dan mencabar penonton yang telah membaling kasut ke arahnya sewaktu membuat persembahan di London baru-baru ini.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

gempak
01/09/2024
09:56 MYT
Berdepan tragedi ahli keluarga 'ditelan' tanah dan 'hilang' sekelip mata bukanlah satu realiti yang mudah diterima, apatah lagi tidak berkesempatan untuk menatap wajah insan tersayang itu buat kali terakhir.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Pasukan SAR Guna Teknik Hantar Botol Ke Titik Terakhir - KPN

gempak
27/08/2024
12:12 MYT
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India, di sini mengunakan pelbagai teknik pencarian termasuk menghantar botol ke ke titik terakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Wajah Sugul, Penuh Harapan Anak Menanti Ibu Tercinta

gempak
25/08/2024
09:55 MYT
Seawal pagi, susuk pemuda ini - dengan wajah penuh sugul sudah berada di lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur.