Laman Utama
Dituduh Leka Tayang Punggung, Ini Jawapan Janna Nick; “Kalau Memang Gatal, Tengok Epal Pun Bernafsu”
Pelakon Janna Nick menegur tindakan segelintir blogger yang menggunakan tajuk ‘panas’ melibatkan isu dirinya hanya untuk menarik perhatian pembaca.
Menurut Janna, berita mengenai penampilannya ketika acara promosi tayangan filem baru-baru ini sehingga mengundang komen berbaur lucah itu daripada sumber tidak sahih.
“Kadang-kadang tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ya pun headline kejar clickbait, make sure la sumber tu sahih dan tak manipulasi pemikiran pembaca.
“Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk saja,” kata Janna menerusi Instastory miliknya.
Penampilan pelakon Janna Nick ketika menghadiri acara promosi tayangan filem Juang baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi terutama daripada lelaki.
Video yang dimuat naik pengguna TikTok memperlihatkan bentuk badan Janna yang sedang duduk menerima komen-komen berbaur lucah.
Sementara itu, Janna ketika dihubungi Gempak berkata video yang tular itu dimuat naik oleh netizen tanpa pengetahuannya.
‘Waktu itu saya tengah duduk dan peminat yang rakam. Bukan saya leka tayang punggung. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat bergambar.
“Bukan tayang bontot… dah dari belakang memang la nampak punggung. Takkan nampak hidung pula,” katanya.
Penyanyi lagu Gatal itu juga berkata dia simpati dengan golongan wanita yang sentiasa menjadi mangsa lelaki miang.
“Habis itu nak kena buat apa ni? Kesian jadi perempuan semua benda nak dijadikan simbol seks. Kalau dah kambing pun kena rogol.
“Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu,” ujarnya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video