,
Laman Utama

Dituduh 'Jual Anak', Abby Abadi; "Dah Anak Ni Cantik, Nak Salahkan Siapa?"

Amri Hassan
06/08/2021
04:29 MYT
Pelakon Abby Abadi kesal dengan sikap segelintir pengguna media sosial yang sering mencari kesalahannya hingga sanggup menulis komen atau mengirim mesej melampau.
Antaranya kata Abby, ada yang sanggup menuduhnya menggunakan anak keduanya, Marissa Dania Hakim untuk tujuan memasarkan produk sendiri.
Justeru, Abby mengambil pendekatan untuk menyekat akaun yang melampaui batas dan menulis komen yang biadab.
"Geramkan perangai orang kita. Kalau mencari-cari salah gini. Kita seram. Kita block-kan je terus. Sebab yang perangai-perangai gini menakutkan.
"Ada tu sampai maki hamun kata macam-macam. Memang tak terdaya nak membalas sebab kita banyak kerja dari nak melayan dia," kata Abby.
Dalam pada itu, Abby tidak melihat ia menjadi satu kesalahan untuk menggunakan wajah anaknya sendiri sebagai model produknya.
"'Dah tu asyik keluar gambar anak je? Mentang-mentanglah anak cantik'. Laaa... dah anak ni cantik nak salahkan siapa? Anak orang lain pun ramai je cantik-cantik apa.
"Kitakan meniaga...apa salahnya suruh anak tolong jadi model untuk barang yang kita jual? Kalau tak guna anak sendiri, saya guna model lain keluarkan gambar, sama juga kan? Mencari-cari salah tu kenapa?" jelas Abby.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.