,
Laman Utama

Dituduh Jadi Punca Perceraian Azri Iskandar & Ellie Suriaty, Afiqah Ishak Beri Penjelasan - “Kenapa Saya Tiba-Tiba Terpalit…”

Izwan Isa
01/06/2022
22:50 MYT
Pelakon Afiqah Ishak tampil memberi penjelasan terhadap komen-komen netizen yang mendakwa dirinya sebagai punca perceraian pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty.
“Saya kenal Abang Azri di set penggambaran dan sebelum itu saya memang tidak pernah kenal dia. Dia ada beritahu saya yang saya dan dia dah berkawan di Facebook selama dua tahun, tetapi kami tidak pernah tukar nombor atau hubungi antara satu dengan lain.
“Kemudian, ada orang hantar screen shot yang menunjukkan artikel mendakwa abang Azri sudah ada pengganti. Kenapa eh saya yang kena?
“Apabila baca komen, ramai yang kata saya merupakan punca abang Azri bercerai. Saya hairan kenapa saya tiba-tiba terpalit dengan kisah orang?” katanya menerusi temu bual bersama HLive semalam.
Dalam pada itu, Afiqah turut menjelaskan mengenai gambar yang diambil bersama Azri.
“Sebenarnya, gambar itu abang Azri yang ambil, sebagai prop. Nampak macam saya pegang telefon, tetapi sebenarnya dia yang ambil gambar.
“Jadi, saya buat cover report dahulu supaya SKMM boleh turunkan posting-posting berkenaan saya yang dimuat naik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.