,
Laman Utama

Dituduh Jadi Penghasut PN, Aeril Zafrel Bakal Saman 6 Individu Yang Sebar Fitnah

Shahrin Zulkifle
04/02/2023
04:00 MYT

Pelakon Aeril Zafrel bertindak untuk menyaman beberapa pengguna laman Twitter yang menuduh dia dan isteri, Wawa Zainal mendapat upah membuat kerja ‘menghasut’ rakyat untuk menyokong parti Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Kata Aeril, jika tuduhan tersebut adalah benar, dia meminta kesemua individu itu untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

Malah jelasnya, dia kini dalam proses untuk mendapatkan alamat protokol (IP Address) kesemua pemegang akuan yang menuduh dirinya untuk dijadikan bukti dan dibawa ke Mahkamah.

“Sementara mendapatkan IP Address korang dibuat, apa kata kalau korang benar, buatlah tuduhan dan fitnah saya dengan sejelasnya dan report polis serta SPRM.

“Tapi jangan lupa bawa bukti yang boleh mendukung pertuduhan korang. Nak mudahkan kerja saya, kalau berani DM nama penuh dan alamat korang pada saya.

“Cepat sikit prosesnya. Tak sabar nak jumpa korang nanti. Walaupun sepatutnya aku tak perlu layan sangat korang ni, tapi aku layan juga untuk rai kebiadaban korang.

“Korang nak aku buktikan kenyataan aku? No problem, jumpa di Mahkamah, dalam sana lebih tenang dan senang sikit,” katanya menerusi ciapan terbaharu di laman Twitter.

Menerusi perkongsian sama, Aeril turut memuat naik tangkap layar akuan individu seramai enam orang yang memfitnah dirinya dan isteri.

1️⃣ Sementara proses memdapatkan ip adresss korang sedang dibuat. Apa kata kalau korang benar buatlah tuduhan atau fitnah pada saya dengan sejelasnya dan report polis serta SPRM? pic.twitter.com/1Y009dsTAt— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) February 3, 2023

Dalam pada itu, aktor berusia 34 tahun itu masih memberi peluang untuk individu berkenaan supaya membuat permohonan secara terbuka.

“Akuj amin korang akan dapat saman aku, tapi aku bagi masa 24 jam untuk korang buat permohonan terbuka dan delete semua post berkenaan. Kalau ikut undang-undang, aku boleh saja tuntut ganti rugi,” katanya.

Tambah Aeril lagi, sekiranya masih ada pihak yang ingin menuduh dirinya haruslah kemukakan bukti yang jelas selain dia berharap agar kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada orang ramai.

“Pada yang lain yang baru menyentuh fitnah dan tuduhan sama, saya sarankan ia dibuat dengan sejelas mungkin supaya ditujukan pada aku dan isteri. Senang nak proceed nanti.

“Tindakan yang aku ambil ini atas kapasiti peribadi aku dan isteri yang terpalit dengan tuduhan dusta dan fitnah ini. Ia tidak mencerminkan atau mewakili parti politik berkenaan. Semoga yang lain matang dalam berpolitik,” tambahnya.

Terdahulu, beberapa individu di laman Twitter telah menuduh Aeril dan Wawa mendapat upah gara-gara mereka berdua memakai baju Perikatan Nasional (PN) untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Hiburan

Mahu Perjuangkan Hak, Puteri Sarah Liyana Teruskan Saman Fitnah & Pecah Amanah Terhadap Bekas Pekerja - “Sebab Saya Di Pihak Yang Benar, Nak Dapatkan…”

gempak
01/08/2024
07:05 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tetap berkeras mahu meneruskan tindakan  undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira.
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?

gempak
18/06/2024
08:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak menafikan terdapat beberapa percubaan mengganggu rumah tangganya bersama suami, Aeril Zafrel.
Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
05/06/2024
06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.