,
Laman Utama

Dituduh Guna Kabel & Pentingkan Diri, Nabila Huda Sekolahkan Netizen Dengan Informasi KKM - "Ringankan Tangan Untuk Tengok Update Terkini Sebelum Fitnah Orang"

Zulaikha Yusof
09/06/2021
00:54 MYT
Pelakon Nabila Huda, 36, mendedahkan dia telah menerima pelbagai mesej yang berbaur fitnah gara-gara sudah menerima suntikan dose pertama vaksin.
Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata tujuan dia berkongsi adalah untuk memberi kesedaran kepada bekas pesakit Covid-19 supaya mendapatkan vaksin secepat mungkin.
"Ini untuk sesiapa yang tengah bercakap belakang mempersoalkan atau sedang menyiasat kenapa doktor membenarkan saya di vaksin sampai cakap doktor tak ikut prosedur lah.
"Ada yang dm (direct message) kata saya guna kabel sebab golongan kayangan la, pentingkan diri la, sebab artis la, hubungi orang dalam percepatkan vaksin dan pelbagai fitnah yang mengguriskan hati saya.
"Sampai saya pula jadi bersalah sedangkan saya tak salah apa-apa pun. Saya pergi ikut tarikh ditetapkan and tak potong barisan pun. Saya bagitau jujur kat doktor status saya, kemudian dia proceed saya ke bilik yang nak amik AZ vaksin.
"Saya post gambar saya sudah divaksin bukan niat nak menyakiti hati orang, saya post sebab saya nak kongsi kesedaran untuk bagi petunjuk yang saya bekas pesakit Covid dan saya dapat vaksin saya selepas sebulan dan boleh bagi semangat kat korang yang mungkin tak perlu tunggu berbulan-bulan macam diheboh-hebohkan," tulisnya di Instagram (IG).
Justeru, pelakon filem M4M4 berharap agar selepas ini netizen rajin membaca informasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum melemparkan tuduhan tidak berasas.
"Tapi jadi lain pula.. Tapi tak apa, saya maafkan.. KKM kemaskini info ini pada 31 Mei 2021.. Kepada mereka yang marah dengan saya semalam yang sampai sanggup cari balik perbualan saya dengan Fiza dekat Twitter pada 25 Mei tu, macam mana boleh terlepas pandang info dari KKM ni ek??
"Saya rasa bermula dari hari ini dan seterusnya, selain dari pada kita sibuk scroll up and down Instagram atau Tiktok nak tengok update kehidupan orang, ringankan tangan untuk tengok juga update terkini sebelum fitnah orang.
"Yang dah dapat tu patut kita bersyukur saja la untuk dia bukan mempersoalkan. Sama lah macam masa saya positif Covid, saya cakap saya kena sebab kecuaian orang, tapi korang kutuk cakap tak payah la salahkan orang.. ini kan ujian dari Allah, kite kena reda, Allah dah pilih kita untuk kena.
"Sama la macam vaksin ini, semua ini dah tertulis. Kita kena reda. Orang tu dah terpilih. Allah bagi rezeki kan? Yang mana kawan-kawan dan pengikut saya yang belum dapat vaksin, atau masih menunggu tarikh, saya doakan anda akan dapat secepat mungkin okey.
"Guys!! Yang penah positif dah tak payah tunggu dah lama-lama.. Wuhooo!! Berita baik untuk semua Covid survivor. Tapi apa-apa pun, kena tanya doktor juga masa consultant tu okey? Stay home dan stay safe everyone!" tulisnya lagi.
Sebelum ini, rata-rata netizen mempersoalkan adakah Abil dibenarkan menerima suntikan vaksin meskipun sembuh dari virus Covid-19 dalam tempoh kurang tiga bulan.
BACA: Nabila Huda Kecewa Netizen Pertikai Dapat Suntikan Vaksin Selepas Sembuh COVID-19 - "Jangan La Cakap Petugas Sana Tak Ikut Prosedur"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Isu Buli Di Set Penggambaran, Nabila Huda Sifatkan Artis Sekarang Manja! - “Hal Personal Patut Simpan”

gempak
18/11/2024
09:30 MYT
Pelakon, Nabila Huda menasihati kepada pelakon baharu supaya tidak memberi sebarang kenyataan yang lebih mengenai isu buli dalam industri lakonan.
Hiburan

Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”

gempak
17/11/2024
03:55 MYT
Perkongsian video penyanyi Aina Abdul yang memaparkan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 berjaya meraih perhatian netizen.
Unitar