,
Hiburan

Dituduh Culas Beri Nafkah, Hafidz Roshdi Tampil Pertahankan Diri - "Fitnah Yang Menjijikkan & Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan"

Firdaus
26/06/2024
04:50 MYT
Dituduh culas daripada memberi nafkah penjagaan anak, pelakon Hafidz Roshdi tampil menyatakan bahawa dakwaan terhadap dirinya itu sama sekali tidak benar.

"Kenyataan menyatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah satu fitnah...

Membuat hantaran menerusi Instagram Stories, Hafidz membidas tindakan pelaku dan menerangkan tomahan yang dilemparkan terhadapnya adalah fitnah semata-mata.

BERITA TRENDING:"Saya Tak Wajib Hadir, Nak Settlekan Kes Ini Cepat-Cepat" - Hafidz Roshdi

"Selama ini saya memilih untuk berdiam diri tapi bila perkara ni dah menganggu kerja saya, saya pilih untuk mempertahankan hak saya demi menjaga nafkah anak-anak saya.
"Kenyataan menyatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah satu fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan," tulisnya.

Tunjuk Bukti Beri Nafkah

Sementara itu, Hafidz turut menampilkan bukti berhubung transaksi yang dibuat untuk bayaran nafkah.
"Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi untuk bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan.
"Dengan ini saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah, masih membayar nafkah dan akan terus berusaha menambah nafkah wajib anak-anak tanpa culas dan elak dari tertunggak. Terima kasih," katanya.

BERITA TRENDING: Mahu Fokus Sambut Aidifitri Dengan Anak-Anak & Keluarga, Shu Shukri Tak Mahu Kenang Peristiwa Hitam

Terdahulu, selepas kemunculan semula Hafidz bersemuka dengan pihak media pada hujung minggu lalu, bekas isterinya, Shuhada tampil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan aktor itu yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

BERITA TRENDING: "Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang

Shuhada juga meminta bekas suami untuk sedar diri dan tidak hanya berseronok tanpa memikirkan keadaan anak-anak.
Tambah Shuhada lagi, dia juga telah menanggung bil persekolahan anaknya, Humairah sebanyak RM11,000 tahun lepas akibat masalah emosi yang dialami kanak-kanak tersebut.

BERITA TRENDING:"Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Unitar