gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Pukul 8 Pagi, Bagi Ruang Pelajar Solat Subuh
HIBURAN
Penampilan Terkini Syahrini Di Festival Film Cannes 2025 Jadi Perhatian
HIBURAN
“Adakah Dia Tidak Pernah Melihat Payud*ra Sepanjang Hidupnya?” - Leona Ulas Isu Terima Komen Lucah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Ditinggal Pesawat, Batik Air Tawar Duit, Ari Lasso Minta Beri Pada Yayasan Kanser

gempak
Maliah Surip
22/10/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
Ditinggal Pesawat, Batik Air Tawar Duit, Ari Lasso Minta Beri Pada Yayasan Kanser
Kisah penyanyi solo dan mantan vokalis Dewa 19, Ari Lasso ditinggal pesawat beberapa hari lalu masih menjadi pemberitaan di Indonesia.
Ari Lasso diketahui telah tertinggal pesawat dari Singapura pulang ke Jakarta gara gara menerima pesanan ringkas dari Batik Air mengubah jadual penerbangan.
Mengikut jadual, Ari Lasso bersama dua yang lain akan berlepas pulang pada pukul 5.35 petang waktu Singapura kepada 7.35 malam.
Namun sebaik tiba di lapangan terbang dan ingin berlepas pulang, dia dimaklumkan pesawatnya telah berlepas.
Kecewa dengan insiden yang melanda, Ari Lasso meluahkan perasaannya melalui medium media sosial sehingga menarik perhatian, termasuk dari pihak Batik Air.
Susulan insiden tersebut menjadi viral, Ari Lasso yang sudah selamat tiba di Jakarta menafikan dirinya mencari sensasi.
Dengan tegas dia sebaliknya hanya mahu pihak tersebut lebih bertanggungjawab dan memperbaiki servis pada masa akan datang, bukan untuk dirinya, tetapi semua penumpang yang menggunakan khidmat penerbangan mereka.
“Saya telah dihubungi oleh Direktor Utama dan Direktor Corporate Communication Lion Air yang menyampaikan permohonan maaf.
“Sebagai manusia biasa yang juga banyak kesalahannya, 100 persen saya memaafkan peristiwa yang terjadi,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Penyanyi itu juga memaklumkan ditawarkan wang sebagai ganti rugi terhadap insiden yang terjadi.
Namun Ari Lasso mengatakan dia berharap agar wang ganti rugi itu diberikan kepada Yayasan Kanser Indonesia.
“Saya minta tapi bukan buat saya, jangan satu sen pun untuk saya. Sumbangkan wang tersebut untuk Yayasan Kanser Indonesia, terutama mungkin untuk Yayasan Limfoma, kanser yang saya derita," ucapnya.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Indonesia
#Pesawat
#Ari Lasso
#Batik Air
Must-Watch Video