,
Hiburan

Ditimpa Banyak Dugaan, Sam Nuhair Hampir Putus Asa Jadi Penyanyi

Mya Amri
10/03/2017
12:29 MYT
Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Sam Nuhair akui tidak mudah untuk bergelar anak seni dan hampir berputus asa.
Menurut Sam atau nama sebenarnya Syamila Nurhair Zainordi berkata selepas melalui pelbagai dugaan, dia membina semula semangatnya untuk berjuang dalam industri hiburan atas dorongan rakan dan keluarganya.
“Sewaktu saya berada dalam AF2014 semuanya telah tersedia di depan mata, diajar cara berdepan dengan media, pentas untuk membuat persembahan dan juga sesi fotografi.
“Tapi bila dah tamat AF memang saya rasa sangat lain, barulah saya terfikir tidak mudah rupanya untuk bergelar seorang anak seni.
“Perlu bijak memilih dengan siapa kita bekerja untuk keluarkan lagu kalau tersalah pilih alamatnya bernasib malang.
“Dugaan terbesar menimpa saya apabila ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengalami kerugian hampir RM30,000 untuk terbitkan single kedua saya.
“Disebabkan perkara itu, secara jujurnya saya pernah hampir putus asa untuk menjadi penyanyi.
“Mujurlah ada rakan-rakan dan keluarga yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan saya tak nafikan semangat kena kuat jika ingin bertahan dalam bidang seni,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Sam lagi, dia mahu melupakan kenangan buruk itu dan memulakan memori baru sebagai anak seni.
“Bila difikirkan kembali agak rugi jika saya tidak meneruskan usaha saya, rasa seperti sia-sia sahaja belajar dalam AF2014.
“Bukan senang nak dapat peluang sebegitu dan kalau awal-awal pun dah putus asa, saya rasa tak mudah untuk saya berdepan dengan dugaan yang lebih besar di masa akan datang.
“Jadi untuk tahun ini saya akan berikan yang terbaik bersama pihak syarikat pengurusan saya, JoePRC International,” jelasnya.
Sam muncul dengan single terbaru berjudul Kau Menjauh yang dicipta olehnya ketika masih berada di alam persekolahan.
Kau Menjauh mengisahkan tentang seorang kekasih yang berlaku curang.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

gempak
24/11/2024
10:45 MYT
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar