,
Laman Utama

Ditangkap Sewaktu Menonton Porno, Pelawak Coki Pardede Suntik Syabu Di Dubur

Maliah Surip
04/09/2021
03:35 MYT
Pelawak atau standup comedian Indonesia, Coki Pardede mengejutkan industri hiburan, terutama kelompok Majeleis Lucu Indonesia (MLI) yang juga merupakan pihak rumah produksinya apabila ditangkap atas kesalahan dadah pada 1 September lalu.
Apa yang mengejutkan adalah pengakuan yang dibuat oleh pelawak berusia 33 tahun tersebut kepada pihak polis.
Menurut laporan CNNIndonesia, Coki atau nama asalnya Reza Pardede yang positif mengambil dadah jenis syabu itu mengaku memasukkan 'najis' ke dalam tubuhnya melalui suntikan di dubur!
"Dia (Coki) mengaku mengambil syabu. Cara diambil, disuntik pada bahagian dubur. Katanya lebih cepat", ujar wakil pihak polis dari bahagian Kasat Narkoba Polres Metro Tangerang Kota, AKBP, Pratomo Widodo.
Pramoto juga memberitahu media tempatan, Coki masih berada dalam pengaruh dadah sewaktu ditangkap. Malah saat ditangkap di kediamannya di daerah Pagedangan, Kota Tangerang, pelawak tersebut sedang asyik menonton filem porno.
"Dia masih dalam pengaruh dadah sewaktu pihak polis menyerbu rumahnya.
"Pada waktu itu, dia juga sedang menonton filem porno, tetapi itu adalah hak privasi si pelaku kerana kami ke sana untuk mencari bukti tentang dirinya menghisap dadah," kata Pramoto lagi.
Menerusi rakaman video yang tersebar, Coki juga dikatakan sangat terkejut sewaktu serbuan dilakukan, sehingga meminta waktu daripada pihak polis untuk minum air bagi menenangkan dirinya.
"Iya Bang sabar Bang, mohon maaf. Ya aku kaget Bang, aku minum dulu lah Bang," ujar Coki.
Sementara itu, pihak MLI juga memberi kenyataan mengenai Coki. Menurut MLI, nama Coki sebagai salah seorang peserta standup comedy yang dijadual berlangsung pada bulan ini sehingga November depan digugurkan.
Coki diketahui akan ikut serta dalam acara yang diberi judul Maaf Saya Tersinggung.
"Kami pastikan [Maaf Saya Tersinggung] tak melibatkan Coki," ujar Gian Luigi, selaku General Manager MLI.
Meski akan diteruskan, konsep program yang mahu dijalankan sesuai jadual itu diubah.
Nama Coki menjadi salah satu pelawak yang dikenali di Republik tersebut selepas dia menyertai pertandingan Stand Up Comedy Indonesia musik keempat pada 2014.
Kredit Foto: CNNIndonesia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.