,
Laman Utama

Disiplin Persiapkan Baju Untuk Seminggu, Siapa Macam David Beckham?

Maliah Surip
10/10/2023
14:45 MYT
Diketahui mempunyai gangguan Obsesif Kompulsif (OCD), David Beckham ‘membuktikan’ masalah yang membelenggu dirinya itu menerusi episod terakhir dokumentarinya, BECKHAM.
Menerusi episod tersebut terdapat rakaman mantan pemain bola sepak legenda dunia itu masuk ke ruangan bilik khas untuk pakaiannya.
Selain memperlihatkan busana yang tersusun rapi mengikut warna, saiz dan jenis pakaian, Beckham juga menyusunnya secara senget supaya dia boleh melihat dan mengambil pakaian yang berada di sebelah bawah tanpa mengalihkan pakaian paling atas.
Suami Victoria Beckham itu juga memberitahu dirinya mempersiapkan apa yang ingin digayakan untuk tempoh satu minggu.
“Ini adalah baki pakaian saya untuk minggu ini. Saya mempersiapkan pakaian untuk satu minggu dan ia dilakukan seminggu sebelumnya,” ujar Beckham kepada pengarah dokumentarinya, Fisher Stevens.
Beckham kemudian mengatakan akan berasa cemas jika membuka pintu almari dan melihat ada pakaian yang digantung tidak tersusun tegak kerana sedar ada orang yang telah mengusik barangan peribadinya.
"Saya mengidap gangguan obsesif kompulsif di mana saya harus menempatkan semuanya dalam satu garis lurus atau semuanya harus berpasangan," jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.