,
Hiburan

Disahkan Hipertensi, Mawi Pantang Garam & Beli Alat Pemantau Tekanan Darah Sendiri

Amri Hassan
31/07/2019
09:45 MYT
Juara Akademi Fantasia 3, Mawi menjelaskan keadaan kesihatannya kini semakin baik selepas seminggu ditahan di hospital akibat tekanan darah tinggi.
Jelas Mawi, selain perlu menjaga pemakanannya dia turut mengambil inisiatif untuk membeli alat pemantau tekanan darahnya sendiri.
"Alhamdulillah keadaan kesihatan saya bertamba baik dan saya sangat berhati-hati terutama soal pemakanan.
"Saya dinasihati untuk mengurangkan pengambilan garam dalam makanan dan sekarang sudah membeli alat pemantau tekanan darah tinggi.
"Setiap dua jam saya akan memeriksa keadaan tekanan darah saya dan sekiranya meningkat saya perlu berehat seketika sebelum kembali melakukan sesuatu kerja.
"Selain itu, saya cuba bersukan lebih kerap paling tidak pun bermain badminton dengan anak-anak di rumah," katanya kepada Gempak.
Mawi yang ditemui pada sesi rakaman Ceria Megastar Ministar di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini mengakui faktor genetik dan persekitaran menyumbang masalah kesihatannya.
"Kemungkinan besar penyakit darah tinggi ini kerana kedua-dua ibu bapa saya pernah mempunyai sejarah darah tinggi.
"Tetapi ada kemungkinan juga faktor kerja dan keadaan saya yang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor ketika menguruskan arwah emak saya dan anak buah saya yang meninggal dunia pada Syawal lalu," tambahnya.
Pertengahan Julai lalu Mawi ditahan di sebuah hospital swasta akibat mengalami tekanan darah tinggi.
"Pada mulanya saya hanya membuat pemeriksaan tekanan darah bersama anak saya. Tak sangka pula bacaan kritikal.
"Jadi, doktor menyarankan saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sepatutnya kerana risaukan risiko boleh strok atau meninggal dunia.
"Sesampai di hospital saya terus dikejarkan ke unit kecemasan dan ditahan selama seminggu untuk pemantauan doktor," imbas Mawi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.