HIBURAN
Diramal Sekali Lagi Dominasi AIM, Ernie Zakri Berdoa & Bermanifestasi – “Semoga Ada Rezeki Untuk Masing Masing Dan Album Aura”
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri mengakui teruja apabila Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) kembali dengan tiga kategori baharu bakal dipertandingkan.
Menurut Ernie atau nama lengkapnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, dia tidak meletakkan kemenangan biarpun lagu hits nyanyiannya, Masing Masing diramal bakal menjulang trofi kategori Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik pada edisi kali ini.
“Saya gembira dan teruja. Kami sebagai penyanyi dan pengkarya ada tujuan mengapa kami hasilkan lagu dan album, kerana akhirnya ada pengiktitafan disebalik usaha semua itu.
“Saya berterima kasih, bersyukur AIM kembali dan ini buat saya lebih bersemangat. Tambah pula ada kategori baharu itu, saya gembira dan bangga.
“Menang atau tidak itu belakang cerita, akhirnya kami ada sesuatu untuk diperjuangkan dan itu adalah satu perkara penting buat semua pengkarya agar terus berkarya,” katanya kepada Gempak.
Pelantun lagu Jangan Hilang Percaya itu hanya berdoa dan bermanifestasi sekiranya beberapa karya dan albumnya diangkat sebagai pemenang.
“Saya berdoa dan bermanifestasi semoga ada rezeki untuk lagu Masing Masing atau album Aura.
“Insya-Allah, jika tiada rezeki, saya takkan berhenti disitu sahaja, mungkin ada kekurangan dalam apa yang saya lakukan, saya mahu buat yang terbaik,” ujarnya optimis.
Untuk rekod, Ernie mendominasi Aungerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) dengan merangkul trofi Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Goodbye Hello nyanyian bersama Syamel dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Sinar Mata Hati.
Must-Watch Video