Berita
Dira Menang Anugerah Pengarahan Terbaik Selepas Dipilih Jadi Ketua Puteri UMNO Jasin
Pelakon dan pengacara jelita, Dira Abu Zahar menang Anugerah Pengarahan Terbaik bersama Syed Zalif menerusi pementasan Teater Muzikal Dia Semanis Honey pada acara BOH Cameronian Arts Awards, kelmarin.
Dia berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial di Instagramnya sambil mengucapkan tahniah pada pelakon Alif Satar turut menang Anugerah Pelakon Utama dan Rekaan Set Terbaik untuk pementasan tersebut.
Dira sebelum ini menyatakan komitmennya untuk terbabit dalam bidang politik selepas dipilih sebagai Ketua Puteri Bahagian Jasin, Melaka.
Kejayaan selebriti itu juga dinyatakan menerusi Instagram dan Twitter akaunnya yang turut mendapat pelbagai komen daripada netizen.
Dira yang sebelum ini dilihat aktif berkempen untuk parti pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, terus menunjukkan minat berpolitik apabila bertanding untuk bahagian Puteri UMNO di Jasin.
Dalam satu status di Instagramnya, Dira menyatakan dia menyertai UMNO kerana berhajat untuk mencipta revolusi sendiri yang berbentuk pembaharuan mengikut peredaran masa dan citarasa anak muda hari ini.
"Saya tahu, adakalanya perjalanan politik bukanlah semua yang disangka. Adakala kita terpaksa terima hinaan, cercaan dan kata-kata nista untuk melemahkan kita.
"Namun, saya belajar dari bapa saya adakah cercaan itu mematikan? Tidak," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @diraabuzahar
Must-Watch Video