,
Laman Utama

Dira Abu Zahar Dilantik Timbalan Speaker Wanita Pertama DUN Melaka

Mya Amri
27/12/2021
16:41 MYT
Pelakon, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN, sekali gus menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan berkenaan.
Dira yang merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin, sebelum ini memenangi kerusi DUN Rim selepas kali pertama mempertaruhkan nasib pada PRN Melaka lalu.
Mula bergiat aktif dalam dunia politik sejak tahun 2015, beliau juga merupakan pemegang Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya.
BACA: Artis Pertama Menang Pilihan Raya, Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat Dira Abu Zahar
Sementara itu, Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas semalam menyaksikan veteran politik yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ibrahim Durum dilantik sebagai Speaker DUN.
Perlantikan itu bagi menggantikan Datuk Ab Rauf Yusoh yang memenangi kerusi DUN Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) November lalu. Cadangan melantik Ibrahim itu dikemukakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum mendapat sokongan majoriti 15 ADUN yang lain.
Untuk mengetahui berita lanjut layari ASTRO AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Artis Pertama Menang Pilihan Raya, Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat Dira Abu Zahar

gempak
20/11/2021
16:02 MYT
Tahniah Dira, berkhidmat untuk rakyat pula lepas ni.
Berita

“Takut Kena Kecam Dengan Netizen…”- Terima Gelaran Datuk, Dira Abu Zahar Anggap Amanah Besar

gempak
13/11/2020
13:40 MYT
Terima Gelaran Datuk, Dira Abu Zahar Anggap Amanah Besar
Hiburan

"Yang Penting Bukan Datuk Beli" - Dira Abu Zahar Dapat Pangkat Datuk Dari Melaka

gempak
05/11/2020
05:35 MYT
Tahniah Datuk Dira!
Hiburan

Empat Tahun Jadi Ibu Tunggal, Dira Abu Zahar Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

gempak
21/06/2020
06:59 MYT
Hiburan

Sasar Kutipan RM300 Ribu, Dira Abu Zahar Bakal Ke Turki & Syria Bagi Misi Bantuan Musim Sejuk

gempak
29/11/2019
09:24 MYT