,
Hiburan

Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”

Firdaus
12/10/2024
02:55 MYT

Penyanyi, Aina Abdul mengakui tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 selepas meraih 8,882,662 undian daripada peminat.

Pengorbanan Membuahkan Hasil

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani turut menganggap akhirnya segala pengorbanan yang dilakukan sepanjang 10 tahun dalam industri muzik telah membuahkan hasil.

"Perjuangan sepanjang 10 tahun dalam industri itu bukan sia-sia...

"Alhamdulillah, saya tak jangka langsung dapat memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ini kerana perjalanan dan karier saya tidak mudah.

"Macam saya katakan tadi, saya tak jangka langsung akan memenangi anugerah ini kerana banyak masa dan tenaga yang perlu saya korbankan.
"Tetapi, pada saya perjuangan sepanjang 10 tahun dalam industri itu bukan sia-sia,” katanya ketika ditemui Gempak.
Aina berkongsi perkara tersebut pada sesi sidang media ABPBH 36 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.
Dalam pada itu, Aina menyatakan dua kemenangan yang diraihnya termasuklah anugerah Penyanyi Paling Popular tidak membuatkan dia berasa selesa sebaliknya menjadi satu ‘peringatan’ untuk terus menghasilkan karya berkualiti.
"Kemenangan ini sebagai satu peringatan untuk saya bekerja keras dan kalau nak kata saya gembira dengan dua anugerah ini, tidak.
"Sebaliknya saya takut, gemuruh dan gementar dengan kemenangan ini kerana dengan dua anugerah ini, saya perlu buktikan banyak perkara.
"Tetapi, selagi mana saya jujur dengan apa yang saya lakukan, insya-Allah setiap lagu yang saya hasilkan akan terus melekat di hati peminat,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Raih Trofi Anugerah Bintang Paling Popular 36, Terima Lebih 8 Juta Undian

​BERITA TRENDING: Hormat Permintaan Ibu, Aina Abdul Tak Gayakan ‘Fesyen Pelik’ - “Saya Mahu Semuanya Kelihatan Tenang”

BERITA TRENDING: Lagi Sekali Buat Kejutan, Aina Abdul Hadir Ke Karpet Merah ABPBH36 Dengan Bas Bersama Peminat - “Lambang Kepada…”

​BERITA TRENDING: Bukan Biasa-Biasa! Minggu Orientasi UNIMAS Dimeriahkan Dengan Persembahan Aina Abdul

Selain itu, dia juga mahu mendedikasikan dua anugerah yang diraih iaitu Penyanyi Paling Popular dan Anugerah Bintang Paling Popular kepada keluarga dan peminat yang telah banyak menyokongnya.

"Kemenangan saya ini adalah 100 peratus disebabkan oleh peminat saya dan saya juga ingin tujukan kemenangan ini buat ibu, abang dan peminat saya yang telah banyak berkorban untuk saya."
"Saya tahu wang ringgit tidak mampu untuk membalas segala jasa mereka tetapi saya harap karya-karya selepas ini akan membuatkan mereka gembira,” ujarnya.
Disoal mengenai hadiah kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dimenanginya, Aina memaklumkan mahu menjadikan ibunya, Zaini Abdullah sebagai individu pertama yang menaiki kenderaan tersebut.
"Sebenarnya saya merancang untuk membeli sebuah kereta baharu tahun ini, teringin sangat nak beli tetapi tak sangka dapat kereta malam ini."
"Saya nak bawa ibu saya sebagai orang pertama yang menaiki kereta tersebut,” katanya.
Sekadar info, Aina yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular selepas berjaya menewaskan calon ‘favorite’ lain iaitu Khai Bahar, Senario, Siti Nordiana, Anna Jobling dan KJ.
Menerusi kemenangan itu, Aina telah berjaya membawa pulang trofi dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tajaan produk kecantikan, CONBOO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya”

gempak
12/10/2024
05:07 MYT
Hampir tiga dekad dalam industri hiburan, pelakon Rita Rudaini mencipta sejarah apabila pertama kali merangkul trofi di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular.
Hiburan

Sudah Jangka Menang, Senario Sepakat Beri Trofi Artis Komedi Popular Kepada Keluarga Hamdan - “Kami Sudah Dapat Agak Memang Akan…”

gempak
12/10/2024
04:10 MYT
Dipilih menjadi pemenang ArtisKomedi Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36, kumpulan Senario mengambil kata sepakat menyerahkan trofi tersebut kepada keluarga rakan seperjuangan mereka iaitu Allahyarham Hamdan.
Hiburan

“Rasa Diri Ini Sangat Kecil” - Lepas 24 Tahun Baru Aedy Ashraf Dapat Trofi Pertama! Hormati Pekin Sebagai Senior

gempak
12/10/2024
00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf tidak tidak menyangka akhirnya berjaya merangkul anugerah Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada Jumaat.
Hiburan

KJ Raih Anugerah Penyampai Radio Popular - “Do Your Best, Allah Will Do The Rest”

gempak
11/10/2024
15:40 MYT
Menepati ramalan netizen, ahli politik dan penyampai radio, Khairy Jamaluddin berjaya meraih anugerah Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36).
Hiburan

Hormat Permintaan Ibu, Aina Abdul Tak Gayakan ‘Fesyen Pelik’ - “Saya Mahu Semuanya Kelihatan Tenang”

gempak
11/10/2024
14:25 MYT
Penyanyi, Aina Abdul, memilih busana kebarung moden semasa sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, demi menghormati permintaan ibu yang mahukannya tampil lebih sederhana
BorakSeeni