,
Terkini

“Din… Din.. Nak Pergi Mana, Nak Ikut…” - Tak Rela Abaikan Permintaan Abah Yang Uzur, Netizen Terharu Lihat Cara Pensyarah Ini Layan Bapa

Ernalisa
20/08/2024
08:55 MYT
"Din... Abah nak ikut… Din nak pergi mana? Abah nak ikut, jom Din abah nak ikut, abah belanja,” itulah ungkapan seorang bapa yang sudah berumur setiap kali melihat anaknya mahu keluar dari rumah.
Momen berharga itu dikongsi oleh seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan iaitu Zahir Alauddin Abdul Hamid, 39, menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

BERITA BERKAITAN : "Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

BERITA BERKAITAN : Selesa Bawa Lagu Nasyid, Vijay Tak Diterima Bangsa Sendiri? | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Afrina Hanie Sebak, Sifatkan Allahyarham Nidza Afham Abang Yang Baik - "Minta Maaf Sangat Kalau Aku Liat Dengar Nasihat Kau"

BERITA BERKAITAN : Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”

Video tersebut merakamkan saat indah bersama bapanya, Abdul Hamid Jantan yang menghidap sakit lutut agak kronik sejak 2022 dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda elektrik untuk bergerak.

"Saya menjaga abah ketika cuti panjang sahaja, pada hari biasa dia akan tinggal dengan adik lelaki saya yang merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Zahir, ada juga situasi yang terpasa ditolak antaranya pada jam 8 pagi pada hari bekerja.
"Ada masa kalau abah nak ikut, saya bagi, ada masa tak. Ikut keadaan, contohnya waktu nak pergi kerja dia ajak saya beli kuih.
"Bila saya kata maaf abah tak sempat dah ni nanti bila saya balik kita pergi ya. Waktu itu lemah sahaja dia angguk kepala," kongsinya.
Kata Zahir lagi, bukan mudah untuk dirinya menjadi anak yang terbaik, namun apabila mengenangkan pengorbanan seorang ayah, semua itu dilakukan demi kasi sayang.
"Kadang-kadang saya akan jaga sebulan dan ada juga tiga minggu kemudian abah ke rumah kakak pula. Kami bergilir-gilir menjaga abah, bagi dia berubah 'angin'. Jadi, emosi dia lebih baik dan ceria," katanya. Kongsi Zahir lagi, dia tidak membawa bapanya berjalan-jalan setiap masa kerana ada ketikanya tidak sempat untuk berbuat demikian atas beberapa faktor.
"Bila saya nak bergerak ke tempat kerja, waktu itulah abah kadang-kadang ajak saya untuk teman dia keluar.
"Jadi saya akan menolak atau terpaksa mengingkari janji pada kawan-kawan sebab nak bawa abah keluar selepas selesai tugas," ujarnya.
Dalam pada itu, perkongsian terbaharu Zahir mengenai bapanya dalam posting bertajuk ‘terima kasih atas peluang yang dicipta' turut menyentuh hati netizen.
Antara komen yang diterima adalah:
"Anak yang hebat, datangnya dari ibu bapa yang hebat,"
"Saya doakan ayah awak sihat sentiasa dan semoga Allah angkat darjat dia,"
Setakat ini, video yang dikongsi Zahir bersama bapa kesayangannya yang berusia lewat 70-an itu mendapat lebih satu juta tontonan dan 145,000 tanda suka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar