,
Hiburan

Dimasukkan ke Hospital, Zaibo Hidap Kanser Esofagus

Kamaruddin Razal
04/09/2018
15:42 MYT
Pelakon veteran, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana menghidap kanser esofagus (esophageal cancer).
Menurut laporan Harian Metro, Zaibo hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol sebelum ini.
"Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus dan perlu menerima rawatan di Sungai Buloh.
“Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan ke Hospital Sungai Buloh pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini.
“Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.
“Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan.
Tambah pelakon siri Spanar Jaya ini, simptom penyakit dialami membuatkan dia tersedak dan muntah setiap kali makan dan kini hanya mengambil makanan dalam bentuk cecair.
“Saya memang tiada tanda-tanda sakit dan hanya bermula dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Makanan sesuai buat saya sekarang ialah susu khas yang membekalkan zat kepada badan," katanya lagi.
Sudah lebih dua tahun tidak berlakon, Zaibo memohon agar semua pihak terutamanya rakan serta sahabat handai yang mengenali dapat mendoakan kesembuhan serta urusannya dipermudahkan.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.