,
Berita

Dilaporkan Bernikah Janda Beranak Satu Di Thailand, PU Abu Dakwa Instagram Kena Hacked

Syafiqah Jalal
08/05/2019
05:45 MYT
Pendakwah bebas dari program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan menafikan laporan yang keluar dari Instagram (IG) Story miliknya sendiri bahawa dia sudah berkahwin dengan janda anak satu dikenali sebagai Hana Azraa di Thailand.
Menurut PU Abu, kenyataan di IG Story miliknya tidak benar kerana akaunya itu telah digodam pada lewat malam tadi.
“Story yang telah dimuat naik pada IG saya semalam adalah bukan dari saya. IG saya telah dihacked oleh 'seseorang'. Cukuplah menabur fitnah pada saya.
“Pernikahan saya dan @hanaazraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua.Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini.Jangan cemarkan bulan yang mulia ini.Saya doakan 'seseorang' itu di beri petunjuk,” tulisnya.
PU Abu menjelaskan perkara tersebut menerusi sebuah entri di IGnya.
Sementara itu, dia yang telah mendapatkan kembali akaunnya itu telah menunjukkan bukti IGnya digodam menerusi IG Story.
“Bukan sekadar IG, malah Facebook (FB) dan Gmail saya juga telah digodam.
“IG dan FB dapat semula namun Gmail saya tidak.
“Kecam boleh tapi jangan sebarkan berita itu. Terima kasih,” katanya lagi.
Kontroversi PU Abu mula mendapat perhatian selepas media melaporkan PU Abu menceraikan isterinya Ain Afini yang kini hamil tujuh bulan dan berkahwin dengan Hana Azraa, janda anak satu.
Tidakkan PU Abu telah mendapat kecaman, lebih-lebih lagi apabila dia melafazkan talak terhadap Ain Afini menerusi aplikasi Whatsapp.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.