gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Puji Alif Satar Didik Anak, Kagum 'Ali Berani Jadi ‘Pembantu’ Ketika Proses Penyembelihan - “Acik Pun Tak Tengok Sebab Takut Tau, Good Job”
BERITA
Tiga Maut, Pasangan Suami Isteri Hilang Bot Terbalik Di Klang
HIBURAN
Sheqal Ditidurkan, Tahap Oksigen Menurun Akibat Jangkitan Paru-Paru
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Dilamar Di Jepun, Luna Maya Raikan Bridal Shower Di Shanghai

gempak
Maliah Surip
23/04/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Dilamar Di Jepun, Luna Maya Raikan Bridal Shower Di Shanghai
Luna Maya sedang menghitung hari bahagia menjadi isteri kepada pelakon Maxime Bouttier.
Meski keduanya belum memberi kenyataan rasmi mengenai tarikh perkahwinan yang telah tersebar, perkongsian terkini Luna di akaun media sosialnya memberi indikasi hari bahagia itu segera tiba.
Hal itu dapat dilihat apabila Luna diraikan rakan-rakan baiknya sebagai seorang calon pengantin dalam acara bridal shower. Bridal shower merupakan sebuah pesta yang selalu dilakukan bakal pengantin sebelum menjadi isteri.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Luna meraikan acara tersebut di Shanghai, China. Dirinya dilihat sangat bahagia sambil dikelilingi dan diraikan rakan-rakan yang ikut teruja menyambut khabar Luna akan berkahwin.
Terdahulu, pelakon cantik itu dilamar Maxime sewaktu keduanya berada di Tokyo, Jepun pada 1 April lalu.
View this post on Instagram
A post shared by Luna Maya (@lunamaya)
Selesai dilamar, undangan kad perkahwinan pasangan selebriti itu tersebar di media sosial. Menerusi undangan tersebut ‘bocor’ tarikh dan lokasi perkahwinan Luna dan Maxime.
Mereka dijadual berkahwin pada 7 Mei depan di Bali. Sebelumnya Maxime menerusi satu temubual di podcast mengaku sudah menyediakan cincin tiga bulan awal sebelum memutuskan melamar kekasih hatinya itu menjadi isteri.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Luna Maya
#Jepun
#China
#Bridal Shower
#Shanghai
Must-Watch Video