,
Hiburan

Dilabel Penyanyi Lelaki Termahal, Judika Dulu Dibayar RM5.80

Maliah Surip
29/07/2024
03:55 MYT
Nama penyanyi Judika memang sangat popular malah lagu-lagu miliknya menjadi kegemaran ramai peminat tidak kira dari Indonesia atau Malaysia.
Pelantun Jikalau Kau Cinta, Bukan Dia Tapi Aku dan Cinta Karena Dia itu dilabelkan sebagai salah seorang penyanyi solo lelaki yang menerima bayaran paling mahal saat ini.

BERITA TRENDING: Lagu Aku Yang Terluka Milik Judika Diciptakan Pengawal Keselamatan: “Hanya Diemel”

Mengulas dakwaan tersebut, Judika melahirkan rasa bersyukur terhadap rezeki yang diperoleh.
"Puji Tuhan Alhamdulillah saya amin saja (dilabeli penyanyi dengan bayaran mahal).
“Saya tidak pernah tahu yang lain berapa (penyanyi) dansaya berapa. Yang jelas memang cita-cita saya dari dulu mau jadi penyanyi," kata Judika seperti dilaporkan Kompas.com.
Tanpa mendedahkan nilai bayaran yang diterima kini, Judika mengenang jumlah yang pernah diterima sewaktu awal kemunculan dahulu.
Suami Duma Riris ini mengaku pernah mendapat bayaran sebanyak RM5.80 ( Rp 20.000).
“Dulu saya sudah pernah merasakan semua. Saya pernah dibayar RM5.80 dan kalau sekarang merasa dibayar dengan nilai yang banyak, saya bersyukur,” katanya lagi.
Menurut Judika, menerima jumlah bayaran yang mahal adalah setimpal dengan pengorbanan dan profesionalisme yang diberikan.
“Dengan pekerjaan ini kadang saya juga tidak tidur, harus tinggalkan keluarga penuhi jemputan hingga ke luar negara dan perlu menjaga aset iaitu suara dengan baik agar tidak sakit.
“Ini jadi tanggungjawab dan saya profesional melakukan serta menerima bayaran,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: Kecoh Instagram Blackout, Judika Baru Sedar Diri Disayangi & Dihargai: “Saya Tidak Ada Niat…”

BERITA TRENDING: Jamal Abdillah Pasang Niat Berduet Dengan Judika; “Nyanyian & Suara Dia Itu Yang…”

BERITA TRENDING: BCL Izin Judika Nyanyi Single Barunya sampai Menangis, Warganet Geram dengan Indonesian Idol

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar