,
Hiburan

Dikutuk Seperti ‘Mat Ketum’, Firdaus Rahmat Akui Kerap Terima Komen Netizen ‘Face Shaming’ - “Ada Yang Kata Muka Saya Huduh, Bibir Besar”

Asyikin Mayudin
29/10/2024
01:55 MYT
Penyanyi Firdaus Rahmat mengakui dia kerap menerima komen netizen yang melibatkan ‘face shaming’ seperti wajah buruk dan bibir besar di media sosial.

Balas dengan lagu

Akui pada awalnya berasa kecil hati, namun Firdaus hanya tenang membalas komen begitu dengan lagu terbaharunya berjudul ‘Menang Atau Kalah’.

“Sebenarnya memang sebelum ini saya kerap juga terima komen yang ‘face shaming’, ada yang kata muka saya huduh la, bibir besar la. Biasalah, saya manusia juga… mestilah awal-awal itu ada rasa kecil hati.

“Saya post itu pun sebab kena dengan lagu terbaharu saya Menang Atau Kalah… dalam lagu itu ada lirik ‘nak marah tapi kena sabar’. Lirik itu kena dengan situasi sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Keliru, Yang Belum Kahwin Itu Abang Bukan Saya” - Firdaus Rahmat

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘Body Shaming’, Prince Syed Terpaksa Kongsi Kehamilan Isteri - “Bila Dapat Tahu Mengandung, Biasalah Dia Makan Banyak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Zarith Kurang Senang Netizen Kaitkan Kurus Sebab Penyakit - “Ibarat Mengharapkan Kita Sakit…”

“Lagipun mulut orang kita tak boleh nak tutup, jadi kita balas dengan lagu,” kata Firdaus ketika dihubungi Gempak.
Sebelum ini, Firdaus memuat naik paparan skrin komen netizen yang mengatakan wajahnya seperti ‘mat ketum’ dan tidak sesuai untuk menjadi penyanyi.
“Aduh, bukan nak kutuk le, muka macam ini nak jadi penyanyi… over sangat. Macam mat ketum jer,” komen individu tersebut.

Ciptaan Allah

Menurut Firdaus, mengutuk atau mengkritik fizikal seseorang sesuatu perkara yang tidak baik dan ia juga seperti mengutuk ciptaan Allah.

“Kalau dia sebagai manusia, cakap macam itu bukan pada saya saja, tapi orang lain… cakap fasal fizikal orang itu kan tak baik. Fizikal ini Allah yang cipta, kesempurnaan Allah yang bagi. Kata-kata daripada dia itu tak elok,” ujarnya.

Dalam pada itu, Firdaus memberitahu dia menyedari komen tersebut ketika ingin melihat semula persembahannya di sebuah program baru-baru ini di saluran Youtube.
“Sebenarnya saya nak tengok semula persembahan saya di sebuah program, tapi ada pula komen itu. Saya sentiasa tetap terima saja komen baik atau buruk.
“Yang baik, terima kasih… yang buruk itu, saya cuba perbaiki menjadi lebih baik. Tapi untuk komen cakap fasal muka, tak ada benda yang perlu dibaiki sebab itu anugerah Allah berikan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Kiki Fateeha Raih Kedudukan Pertama & Eriq Fikri Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir

gempak
01/11/2024
15:14 MYT
The Chosen One 2024 minggu separuh akhir telah menyaksikan empat peserta layak ke minggu akhir.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Azry Sabri Rampas Kedudukan Pertama Di Minggu Kedua, Farah Aina Pula Umum Tarik Diri

gempak
27/09/2024
14:58 MYT
The Chosen One 2024 pada minggu yang kedua menyaksikan kesemua peserta masih layak untuk berentap di minggu yang seterusnya.
Hiburan

The Chosen One 2024: "Suara power!" - Anak Didik Adira Juara Minggu Pertama, Siap Dapat Pujian Awie

gempak
20/09/2024
21:55 MYT
Program The Chosen One 2024 telah pun membuka tirainya dengan lapan persembahan hebat daripada peserta terpilih.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Hael Husaini, Putera Muhammad, Irfan Haris, Mawi Menanti Keberkatan Ramadan

gempak
05/03/2024
05:10 MYT
Apa kata artis sempena kedatangan Ramadan.
Unitar