,
Viral

Dikutuk Hidung Kembang, Jutawan Tudung Bidas Balik Netizen! - "Hey, Kalau Saya Nak Mancungkan Hidung Bila-Bila Masa Saja"

Amri Hassan
08/01/2024
02:50 MYT
Jutawan tudung yang juga pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menempelak komen warganet yang menghina rupa parasnya terutama bahagian hidung.

BERITA TRENDING: "Kalau Kasut Harga Puluhan Ribu Letak Di Kaki, Kenapa Bila Tudung Mahal Cakap Riyak?" - Haliza…

Mengaitkan koleksi tudung Cik Siti Wan Kembang dengan hidung kembang, Haliza menasihati agar tidak sesekali menghina ciptaan Tuhan.
"Dorang kata saya tak ada class, money cannot buy class. Tapi yang bercakap tu, money pun tak ada class pun tak ada. Tak apalah, syukur apa yang ada.
"Lepas tu, ini yang saya nak tegur sikit, kalau nak hina rekaan tudung saya, Siti Wan Kembang ker, atau apa-apa design, tak apa. Tapi jangan menghina ciptaan Tuhan.
"Ada dia kata tudung Cik Siti Wan Kembang, patutlah hidung dia kembang," katanya dalam sepotong hantaran video di media sosial.
Tambah Haliza, dia punyai kemampuan untuk melakukan pembedahan kosmetik namun masih berpegang pada landasan agama agar tidak mengubah ciptaan Allah.
"Hey, kalau saya nak pergi Korea, nak mancungkan hidung saya ni, mengubah ciptaan Tuhan yang terbaik ni, bila-bila masa saja.
"Ingat tu, nak menghina ciptaan manusia silakan, tapi kalau nak menghina ciptaan Tuhan, jangan sesekali ye," tegasnya.

PILIHAN PEMBACA: "Why Not Kan?" - Jutawan Tudung Haliza Maysuri Puas Hati Tempah Gaun RM250,000, Bertatahkan…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

gempak
04/08/2024
08:55 MYT
Perkongsian pelakon Scha Elinnea mencuri perhatian warganet apabila tampil mengenakan hijab baru-baru ini.
Viral

7 Lelaki Berpakaian Wanita Ditahan Di Terengganu - "Penduduk Mengadu Mereka Sering Berkumpul Di Beranda Rumah"

gempak
28/07/2024
12:00 MYT
Gara-gara berpakaian seperti wanita termasuk berbaju kurung dan bertudung, tujuh lelaki ditahan dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sebuah flat di bandar raya ini baru-baru ini.
Hiburan

Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"

gempak
20/07/2024
06:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengaku pernah melakukan prosedur pembedahan hidung sebanyak enam kali.