,
Laman Utama

Dikritik Tak Guna Model Tempatan, Alha Alfa; "Model Mat Saleh Pun Orang Melayu Berebut Beli"

Muhammad Firdaus
17/11/2023
07:55 MYT
Usahawan kosmetik Alha Alfa baru-baru ini dikiritik warganet selepas memberi alasan tidak menggunakan model lokal untuk produknya.
Menerusi satu komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna TikTok, individu tersebut meminta agar Alha Alfa menggunakan model lokal untuk menghiasi produknya.
Issue ni sebenarnya dah lama kat Malaysia. Setiap tahun musim raya mesti akan timbul. Especially brands yang jual baju kurung atau baju melayu. Cosmetics & skin care tidak terkecuali.
What better way to naikkan the local industry, saat-saat… pic.twitter.com/n1M11swwhM— adlie (@adliehassan) November 16, 2023 Bagaimanapun, komen itu mendapat respons Alha Alfa sendiri yang menegaskan bahawa orang Melayu tidak ambil peduli tentang warna kulit model yang digunakan dan masih akan membeli produk kosmetik yang dijual oleh jenama-jenama besar.
“Kenapa mesti lokal? Jenama antarabangsa pun guna model mat saleh then Melayu berebut beli. Sebab model Melayu yang hebat semua dah di ambil brand lain,” tulis Alha.

BERITA TRENDING: Make Up Kahwin Intan Najuwa Dikritik Terlalu Heavy, Alha Alfa Beri Penjelasan

Komen tersebut mendapat reaksi negatif netizen di mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Antara komen yang diterima:
“Kalau target market lokal, gunalah model yang sama macam kami semua. Itu sahaja,”
“Kenapa mesti orang putih? Awak jual foundation untuk kulit orang putih je ke?”
“Wow responsnya..Tak boleh nak kata apa.”

BERITA TRENDING: Alha Alfa Puji Sikap Fatin Afeefa, Tak Banyak Songeh! - "Dia Tadah Je Muka, Tengok Phone Bila Perlu Je"

Untuk info, Alha Alfa Cosmetics merupakan jenama lokal yang menjual produk kecantikan seperti mekap dan penjagaan kulit. Jenama itu diasaskan oleh Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil.
Sumber: Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Viral

"Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

gempak
17/08/2024
13:25 MYT
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memukau penonton dalam acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di ibu negara.