,
Laman Utama

Dikritik Sebab Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Kak KM: “Jangan Nak Ajar Orang… Macam Bagus Je Kau”

Izwan Isa
16/11/2023
23:50 MYT
Usahawan selebriti, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menjawab kembali kritikan netizen yang mengecam tindakannya mempercayai manfaat dan kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediaman.
Menerusi beberapa potongan video yang dimuat naik, Kak KM memberi amaran kepada netizen supaya tidak terlalu cepat memberi nasihat kepada orang lain tanpa mengetahui asas kebenarannya.

BERITA Trending: Anak Arwah Aziz Desa Didakwa Ciplak Teks Juara Pemidato Dunia, Abang Tampil Beri Penjelasan

“Apa benda pagi-pagi buta, ‘Kak KM jangan khurafat. Kak KM kalau nak kaya kena solat dua rakaat selepas solat Subuh.’ Kau buat ke tak solat dua rakaat tu? Dah kaya belum?”
“Jangan nak ajar-ajar orang, jangan sesekali. Kita pun belum tentu, betul (ke) tak betul. Jangan main cakap sebarang cakap. Macam bagus-bagus je kau. Kelakar weh, kelakar.
“Nak cerita, ‘Oh, tanah’. Orang kaya memang macam tu bodoh, beli tanah jual tanah. Ada aset, kumpul aset. Jangan main cakap,” katanya.
Kak KM menambah, jika seseorang itu tidak tahu menahu tentang bisnes jual beli tanah, mereka seharusnya perlu bertanya dan tidak tunjuk pandai.
“Kau yang tak pernah buat apa-apa bisnes pasal tanah tak tahu apa-apa, patut bertanya. Jangan tunjuk pandai, tunjuk hebat. Lepas tu kau ajak ramai-ramai untuk kondem orang.
“Kau jangan macam tu, kau releks je. Apa orang beli orang jual kau patut support. Sama Melayu, yes sama Melayu. Kau patut cakap bagus. Kalau benda tak bagus, buat apa berjuta juta duit kita pergi kat situ,” katanya lagi.
Sebelum mengakhiri perkongsian Kak KM berkata yang dia enggan mengambil pusing dengan tanggapan orang lain terhadap dirinya.
“Suka hati kau lah. Takda kena mengena dengan hidup aku. Yang penting, yang kita tahu sebenarnya kau ada penyakit iri hati dan terlalu cemburukan orang lain. Bila orang ada dapat achievement apa-apa kau sakit mata, kau sakit hati,” katanya lagi.
Terdahulu, Kak KM memuat naik beberapa deretan video mempromosikan kawasan tanah lot yang dikatakan mempunyai Feng Shui yang bagus untuk dijual.
Hantaran Kak KM itu meraih respons negatif memandangkan Kak KM meletakkan Feng Shui yang baik sebagai salah satu sebab mengapa tanah berkenaan sesuai untuk dibeli.
Sumber: Instagram

BERITA TRENDING: Netizen Tegur Lelaki Pakai Tudung Untuk Promote Perniagaan Sendiri - “Niat Tak Halalkan Cara! Yang Perempuan Pun Beria Puji”​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Suami Cemburu, Tak Izinkan Kak KM Pasang Bodyguard Lelaki? - "Dia Cakap Dia Boleh Jaga Saya"

gempak
16/06/2024
00:55 MYT
Usahawan sensasi, Kak KM tidak menyangka ramai yang mahu mencuba nasib untuk menjadi pengawal peribadinya selepas kejadian pecah masuk kediaman pada Mac lalu.
Hiburan

Pasca Dirompak, Kak KM Hidup Dalam Ketakutan & Tak Tidur Lena - "Kita Berniaga, Bukan Saja-Saja Nak Tunjuk Barang Kemas"

gempak
11/06/2024
07:57 MYT
Pasca kediaman dipecah masuk perompak pada awal Mac lalu, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih popular disapa Kak KM akui hidup dalam ketakutan.
Hiburan

Kak KM Jawab Dakwaan Menipu Keputusan SPM Anak - "Berlaku Kekeliruan, Kita Tunggu & Lihat Pada Rezeki"

gempak
08/06/2024
08:48 MYT
Usahawan popular Liana Rosli menjelaskan dirinya tidak pernah menipu selepas berkongsi keputusan anak lelakinya, Faris Razman, yang mendapat keputusan 6A pada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 27 Mei lalu.
Hiburan

Penulis Pesona Kebaya Nafi Eksploitasi Kak KM - "Terkejut Ada Tuduh Kami ..."

gempak
08/06/2024
07:30 MYT
Penulis buku, Jonathan dan Farel Mikhail menafikan niat mereka mahu menggunakan nama atau mengeksploitasi populariti usahawan terkenal Kak KM demi melariskan buku Pesona Kebaya tulisan mereka.
Viral

Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM - “Makna Kata Dalam Depa Duk Bicara Kes, Masih Lagi Bergiat Aktif”

gempak
08/06/2024
00:48 MYT
Usahawan makanan dan juga pempengaruh media sosial, Kieda Crepe melahirkan rasa syukur apabila suspek kes pecah rumahnya berjaya diberkas oleh pihak polis.