,
Laman Utama

Dikritik Netizen Kerana Maki Warga Emas, Baim Wong Tampil Buat Permohon Maaf

Izwan Isa
13/10/2021
14:25 MYT
Nama Baim Wong panas di media sosial selepas potongan video yang memperlihatkannya memarahi seorang warga emas dan memanggil individu tersebut sebagai ‘pengemis’ tular baru-baru ini.
Banyak pihak kecewa dengan apa yang telah berlaku, termasuk Perkumpulan Anti Diskriminasi Indonesia (PADI). Lebih memanaskan keadaan, ada yang ingin membuat laporan kepada Komnas HAM jika Baim gagal membuat permohonan maaf kepada individu yang bernama Suhud, 70, itu. Pelakon Nikita Mirzani juga menyarankan kes tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
Selepas memuat naik kenyataan yang dia tidak menyesal memarahi warga emas berkenaan, namun, Baim akhirnya mengalah dan membuat permohonan maaf menerusi hantaran di Instagramnya.
Terkait kontroversi pada waktu yang sama ketika kelahiran anak keduanya, suami Paula Verhoeben itu bermuhasabah diri dan merancang untuk bertemu semula dengan Suhud.
“Lahirnya Eldrago adalah momen saya untuk belajar. Ketika Allah memberi teguran untuk saya, bermakna Allah masih sayang dengan saya. Tidak ada perasaan yang lebih senang daripada sekarang. Tidak berhenti saya bersyukur dengan menyebut Alhamdulillah kerana kejadian ini.
“Maaf untuk kesalahan saya. Untuk Atuk Suhud, maaf ya… saya salah. Seharusnya saya boleh lebih sopan. Banyak saya belajar. Kalau memang diizinkan, insya-Allah saya mahu bertemu dan mohon maaf secara berdepan. Sekali lagi maaf,” tulisnya di Instagram.
Baim turut menulis buat Eldagro yang secara tidak langsung terkait dengan kontroversi yang dilaluinya itu. Baim berkata, apa yang berlaku tidak ada kaitan dengan anaknya.
"Untuk Kenzo Eldrago, momen ini ada ketika kamu lahir. Papah yakin, nanti kamu akan jadi anak yang kuat. Jangan kata disebabkan kamu lahir, Papah jadi begini dan anggap ini satu hal yang buruk. Terbalikkannya sayang. Papah bersyukur kejadian ini berlaku. Tak salah Papah menamakan kamu Eldrago. Kamu yang mengajar Papah untuk lebih menghargai kehidupan. Love you anakku. Maaf ya semuanya," tutupnya.
Terdahulu Baim menerima kecaman yang hebat apabila didakwa memarahi Suhud yang dikatakan mengemis wang daripadanya. Bagaimanapun, Suhud yang merupakan penjual buku-buku agama menafikan yang dia meminta wang daripada aktor popular berkenaan.
Sumber: KapanLagi
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

gempak
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.