,
Laman Utama

Dikecam Netizen Dalam ATNMY Episod Pertama, Kelly Azman; "Saya Tak Kekwat, Saya Hanya... "

Asraf Aided
07/06/2021
11:27 MYT
Seperti ramai sedia maklum, All Together Now Malaysia (ATNMY) telah memulakan tayangan episod pertama semalam.
Ramai peminat selebriti yang terlibat selaku juri teruja melihat bintang kesayangan mereka dalam program yang menampilkan format pertandingan berbeza ini.
Dalam pada itu, tidak kurang juga netizen yang memberikan reaksi 'panas' mempersoalkan salah seorang juri yang terlibat iaitu Kelly Azman.
Ada antara mereka tertanya-tanya siapakah Kelly dan mengatakan dia tidak pandai menilai bakat peserta.
Ekoran itu, Gempak menghubungi Kelly untuk mendapatkan komen dari pihaknya.
"Apapun, terima kasih kerana menonton ATNMY episod pertama, bagi saya, saya tak boleh buat apa-apa tentang netizen kerana itu adalah hak mereka untuk bersuara.
"Saya sebagai salah seorang juri, hanya menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak produksi dan apabila saya memegang tanggungjawab itu, saya cuba untuk memilih peserta yang terbaik.
"Kenapa saya banyak tak bangun dan sebagainya? Saya bukan 'kekwat', saya hanya jadi diri saya yang sebenar, bahawasanya saya mahu keadilan untuk peserta-peserta lain kerana mungkin akan ada yang lagi bagus yang kita tak tahu.
"Markah dari setiap juri itu teramat penting, dan untuk saya, saya menitikberatkan soal aura, penampilan, potensi dan persona sebagai seorang bintang dalam industri hiburan tanah air," katanya.
Tambah penyanyi lagu No No No ini, dia sedar namanya mungkin tidak dikenali segelintir pihak kerana banyak terlibat dengan kerja belakang tabir sahaja sebelum ini.
"Seperti yang ramai tertanya-tanya siapa saya, sebenarnya saya sudah lama dalam industri hiburan, mungkin ada yang kenal dan ada yang tak kenal kerana saya banyak terlibat di belakang tabir dan tidak viral seperti hari ini, itu sahaja," jelasnya lagi.
Apapun, jom kekal positif kerana ATNMY memaparkan banyak warna dari segi kisah dan penceritaan setiap peserta yang terlibat.
Seperti yang dapat disaksikan dalam episod malam tadi, terdapat dua peserta iaitu Black dan Zeera Azizi telah kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19.
Semestinya banyak lagi kisah dari peserta yang akan anda saksikan dalam episod-episod akan datang.
Memetik kata-kata Kapten Juri, Dato' AC Mizal, ATNMY menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan umur.
"Pertandingan ini menyatukan kita rakyat Malaysia sebab pelbagai bangsa dan lapisan umur menyertainya.
"Bagi saya, ATNMY adalah satu program yang mesti ditonton kerana ada nilai-nilai positif yang tersendiri, sesuai untuk seisi keluarga," katanya dalam sidang media melancarkan ATNMY baru-baru ini.
ATNMY bersiaran pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Anda juga boleh menonton pelbagai video dan info menarik di www.gempak.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

gempak
12/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
the-hardest-singing-show

THSS: Beza Markah Juara Vs Naib Juara Cuma 1.49%, Juri Kata Pusingan Battle Main Peranan Penting

gempak
15/07/2024
07:34 MYT
Juri tetap The Hardest Singing Show (THSS), Eddy Abdul Halim tampil mengulas tentang perbezaan markah antara Juara, Aepul Roza dan Naib Juara Ayda Jebat bagi konsert akhir THSS malam tadi.