,
Berita

Dikecam Kerana Fesyen Pelik, Aina Abdul Ikut Gaya Eksentrik Lady Gaga

Maliah Surip
24/12/2020
03:20 MYT
Selain cukup terkenal kerana memiliki vokal yang mantap, penyanyi Aina Abdul juga dikenali lewat penampilan penampilannya dalam persembahan yang dilakukan.
Penampilan Aina disifatkan pelik atau selalu disamakan dengan hal hal yang kemudian dijadikan bahan lelucon oleh kebanyakan netizen.
Namun ternyata, berpenampilan pelik atau eksentrik sengaja diciptakan penyanyi yang lahir di Johor Bahru tetapi membesar di Negeri Sembilan ini.
Menurut Aina yang pertama kali masuk ke dalam industri hiburan lewat sebuah program realiti televisyen, penampilannya yang biasa tidak memberi dirinya faktor x.
"Jadi saya fikirkan bagaimana caranya untuk lebih diberi perhatian," katanya saat diwawancara Gempak baru baru ini.
Kata Aina, hal itu yang membuatkannya memikirkan untuk sukses, dia memerlukan modal yang lebih dari sekadar vokal. Lantas, penggemar Lady Gaga ini menjadikan fesyen eksentrik dan penampilan aneh penyanyi antarabangsa itu sebagai panduan untuk dirinya.
"Saya lihat Lady Gaga, penampilan eksentriknya selalu membuat orang sedar mengenai kewujudannya.
"Jadi saya ciptakan penampilan seumpama itu (eksentrik) yang bersesuaian dengan tema dan lagu yang dinyanyikan.
"Bukan untuk mencari publisiti murahan, tetapi kelainan atau sesuatu yang unik penting dalam setiap persembahan saya," ujar Aina.
Lantaran itu biar sering dikecam dan dijadikan bahan lelucon termasuk penampilan terkininya dalam sebuah persembahan yang disamakan dengan Valak, penyanyi ini tidak berkecil hati.
"Saya okay kerana apa yang ditonjolkan bersesuaian dengan kehendak," katanya.
Sambung pelantun lagu Semalam ini lagi, biar sempat terasa hati dengan kecaman yang agak mengguris perasaan pada awal dahulu, namun semuanya sudah seperti angin lalu.
"Saya baca dan mana yang baik atau positif saya ambil," katanya sambil tersenyum manis.
Meski demikian kata Aina, semua penampilan eksentrik yang digayakan hanya untuk persembahan di atas pentas.
Ironi, dirinya adalah seorang yang sangat ringkas.
"Kalau bukan untuk persembahan, saya berpenampilan biasa. Hitam adalah warna kegemaran saya," tutup Aina.
Instagram: @ainaabdul
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

gempak
09/09/2024
10:38 MYT
Selepas hampir setahun merancang untuk mengadakan konsert jelajah, akhirnya penyanyi, Aina Abdul mengumumkan bakal hadir dengan Konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.