,
Viral

Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

Mya Amri
20/07/2024
09:28 MYT
Pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya Aliff Teega berkongsi pengalaman ditahan reman bagi membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Pengalaman berharga

Menurut Aisyah, mereka menyifatkan penahanan reman selama enam hari itu sebagai satu pengalaman yang cukup berharga dalam mengharungi cabaran hidup.
Saya ambil itu sebagai satu pengalaman dalam hidup. Pada usia 26 tahun kita rasai pengalaman yang begitu.

“Sebelum ini kita ingat hidup kita selesa jadi kali ini Allah bagi rasa. Ini adalah pengalaman dan pengajaran untuk kami supaya menjadi manusia yang lebih matang.

“Kita bagi kerjasama yang baik untuk bantu siasatan. Semoga menjadi pengajaran dan pedoman untuk semua. Sekarang pun biar pihak berkuasa lakukan siasatan,” ujarnya.
Aisyah berkata demikian ketika mengadakan sesi siaran langsung di TikTok bagi mempromosikan tudung keluaran jenama.

Dilayan baik oleh SPRM

Dalam pada itu, Aisyah dan suaminya juga menyatakan sepanjang tahanan reman, mereka berdua dilayan dengan baik daripada pihak SPRM.
“Alhamdulillah, ini adalah perkara yang boleh kami puji, segalanya dilakukan dengan sangat profesional dan pihak SPRM menjaga kami dengan sangat baik.

“Jaga makan minum dan tidur kami dengan baik. Saya masih ingat, walaupun hanya sedikit sakit tapi mereka bawa ke klinik.

“Apa yang pegawai SPRM makan, itulah yang kami makan. Kalau tengah hari itu makan nasi ayam, saya makan nasi ayam, kalau burger, burger, begitulah,” kata Aliff.

BERITA TRENDING:Aisyah Hijanah Kongsi Berita Gembira, Harta Sepencarian, Termasuk Aset & Share Perniagaan Kini Miliknya - “Bukan Bermakna Kita Tamak”

BERITA TRENDING:Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak - “The Day I Got Married, Saya Ingat Dia Akan Jadi Milik Saya Selamanya…”

BERITA TRENDING:Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

BERITA TRENDING:Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

BERITA TRENDING:Netizen Tak Percaya Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega Terjual 15,000 Naskah - “Cringe! Lepas Tu Banyak Macam Lirik Lagu, Baik Lagi Baca Mastika”

Perjelas kekeliruan netizen tentang maksud tahanan reman

Sementara itu, pasangan ini juga turut menjelaskan kekeliruan netizen berkenaan proses tahanan reman yang dilakukan terhadap mereka.
Jelas Aliff, direman bukanlah bermaksud mereka bersalah sebaliknya tujuan proses itu adalah untuk membantu siasatan.

“Bukan keputusannya lagi, kita pergi untuk bantu siasatan, kami beri apa sahaja dokumen yang mereka minta dan keterangan pun kami beri.

“Kami pun tidak rasa seperti disiasat tetapi lebih kepada membantu siasatan,” ujarnya.
Sementara itu, Aisyah berkata mungkin disebabkan apabila mereka ditahan dan memakai baju oren beserta tangan digari membuatkan masyarakat beranggapan pertuduhab telah dijatuhkan.
“Sebenarnya penahanan itu adalah reman untuk bantu siasatan, belum dijatuhkan pertuduhan bersalah.

“Mungkin ramai yang ingat pakai gari dan baju oren sudah bersalah. Selalunya kita nampak norma masyarakat begitu,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, media melaporkan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik itu ditahan reman bermula 11 Julai sehingga 16 Julai bagi membantu siasatan kes berhubung salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.
Mereka dibebaskan selepas membayar wang jaminan sebanyak RM200,000 namun perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Berita

Aliran Tunai FashionValet, SPRM Rakam Percakapan Empat Lagi Individu

gempak
14/11/2024
10:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
Hiburan

Imbau Kembali Kenangan Lama, Konsert Battle Of The Time Exists x Masdo Tinggalkan Pengalaman Indah Buat Peminat

gempak
11/11/2024
15:55 MYT
Suasana pada malam Ahad telah meninggalkan seribu kenangan manis buat peminat yang hadir di konsert Battle Of The Time Exists x Masdo.
Berita

Op Favish: Ada Transaksi Meragukan, SPRM Mahu Lihat Jika Ada Unsur Penipuan - Azam Baki

gempak
07/11/2024
14:40 MYT
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Mohd Azam Baki berkata, Bahagian Perakaunan Forensik ketika ini sedang menyemak kira-kira 50 hingga 60 kotak dokumen berkaitan syarikat tersebut dan laporan akan diserahkan pula kepada Bahagian Siasatan.
Berita

SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Vivy Dan Fadza Bernilai Kira-Kira RM1.1 Juta

gempak
06/11/2024
14:41 MYT
Pembekuan itu adalah susulan daripada siasatan dijalankan SPRM terhadap suami isteri tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Unitar