gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Malaysia Di Tangga Keenam Dunia Paling Banyak Guna Kata Kesat
VIRAL
Kucing 'Ditahan' Gara-Gara Gigit Anggota Polis
HIBURAN
Uya Kuya Diancam Penjara Siar Bekas Suami Dakwa TikToker Tak Jaga Alat Sulit: “Ada Keputihan, Jarang Ganti Seluar Dalam…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Diharamkan Jejak Kaki Ke Singapura, Tony Eusoff Akui Salah Sendiri - “Siapa Suruh Saya..."

gempak
Mya Amri
30/05/2025
07:20 MYT
Sponsor Banner
Diharamkan Jejak Kaki Ke Singapura, Tony Eusoff Akui Salah Sendiri - “Siapa Suruh Saya..."
Pelakon, Tony Eusoff mendedahkan dia diharamkan untuk memasuki Singapura seumur hidup berikutan pernah dipenjarakan akibat kes dadah di negara itu sebelum ini.

Perlu buat permohonan dalam talian

Menurut Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48, dia perlu membuat permohonan secara dalam talian untuk mendapatkan kebenaran agar boleh masuk semula ke Singapura.

“Setakat ini sudah tiga empat kali juga saya mohon. Tetapi belum ada apa-apa respons. Saya tak salahkan sesiapa. Semua yang berlaku adalah salah saya sendiri.

“Siapa suruh saya bodoh ketika itu. Saya akui saya yang tidak menghormati undang-undang negara mereka. Dah berani buat, kena berani tanggung. Saya reda dan jalani hukuman penjara di sana.

“Tetapi saya bersyukur kerana dibebaskan tiga bulan lebih awal. Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah. Saya jadikan perkara tersebut sebagai pengajaran dalam hidup saya,” ujarnya.
Tony berkata demikian ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Mencari Ramlee, bertempat di GSC Mid Valley pada Khamis.

Syukur lakonan tetap ditayangkan

Bagaimanapun kata Tony, dia tetap bersyukur kerana drama lakonannya tetap ditayangkan di sana.

“Saya dapat tawaran berlakon daripada produksi di sana. Raihan iaitu pengarah filem La Luna melamar saya untuk karya arahannya yang ditayangkan di stesen televisyen di Singapura.

“Yang lebih membuatkan saya terharu mereka sanggup datang ke Malaysia untuk rakam babak saya.

“Dan lebih pelik bila saya menang anugerah menerusi lakonan saya dalam drama tersebut. Hidup ini kadang-kadang memang pelik,” jelasnya.
Terdahulu, Tony pernah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan di Singapura pada April 2016 atas kesalahan memiliki dadah terkawal kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Topic Berkaitan
#“Tony
#Eusoff”
Must-Watch Video