,
Hiburan

Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."

Umirah Halim
30/09/2024
08:25 MYT

Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil meluahkan rasa kecewa kerana telah difitnah curang.

Dituduh berskandal dengan staf?

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jofliam berkata, semuanya berpunca apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.

Malah, bapa dua anak itu turut mendedahkan salah seorang staf telah menuduh dia berlaku curang terhadap isterinya, Cik Epal.

"Hari ini,semua saya akan dedahkan supaya hati saya langsai dan jika saya lenyap di social media, saya lenyap.

"Saya mengambil keputusan untuk dedahkan disini sebab takda siapa yang pertegakkan saya. Tiada siapa yang cuba protect saya walaupun tahu cerita sebenar.

"Saya dapat tahu, Cikepal rupanya ada menghubungi salah seorang kepala toksik di team pizza dan info lain nya adalah dari kaka saya sendiri.

"Kebanyakan info-info yang cikepal dapat, kebanyakan nya adalah penambah perisa. Cerita bukan lah sesedap itu? tapi digoreng sehingga luar biasa yang menampakkan saya seorang yang jahat di mata isteri saya.

"Sehingga apa?Wujud antara team yang mengatakan bahawa saya mempunya skandal dengan pekerja saya Dewi,dan bayaran gaji saya pada Dewi adalah untuk menutup mulut nya sahaja,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Didakwa Halang Fattah Hampiri Fazura? Ini Respons ‘Bodyguard’ - “Tak Ada Satu Arahan Suruh…

​BERITA TRENDING: Fasha Sandha Menangis Terkenang Dugaan

​BERITA TRENDING: Wanita Suka Tayang Kemewahan

​BERITA TRENDING: Fizz Fairuz Jernihkan Persoalan Tentang Jantina

Bagaimanapun, Jofliam menegaskan, sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berlaku curang walaupun sesaat dengan isteri.

“Saya sangat sayangkan anak-anak. Saya adalah family man. Kehidupan saya kebanyakan di rumah. Saya tak ada masa. Jadi fitnah ini bukan sekadar merosakkan hubungan keluarga saya, malah perkahwinan Dewi. Fitnah ini meruntuhkan dua masjid.

“Sepanjang 4 bulan.Macam-macam cara fitnah katakan saya curang. Tapi hebatnya, tiada ada satu bukti pon yang mengatakan sayacurang. Tidak ada. Tidak ada.Fon saya digeledah setiap saat, fon PWJ juga digeledah team saya untuk buktikan benda yang takda,tapi tetap takda.

“Saya adalah family man dan bila berkahwin, saya hanya setia pada yang satu,” tambahnya.

Tambah Jofliam, dia juga sudah memendam perasaan selama hampir empat bulan.

"Dalam tempoh empat bulan itu juga, dia cuba menyakinkan isterinya demi mempertahankan rumah tangga mereka.

"Macam-macam pujuk rayu saya buat dan saya pertahankan. Makin hari bukan makin surut, malah makin panas sebab dihasut orang sekeliling.

"Dengan siapa saya nak luah kalau semua orang asingkan saya? Empat bulan saya menangis sendiri dan akhirnya ada benda yang terjadi dua minggu lepas.

Tidak terhenti disitu, usahawan piza itu turut mendedahkan dia, Cik Epal dan Dewi sudah bersemuka untuk menjernihkan segala sengketa.

“Dan akhirnya,cikepal izinkan saya berjumpa dengan Dewi dan saya minta Cikepal turut serta kemudian.

“Bayangkan,skandal yang dicipta sebelum ini,saya nak bercakap benda personal dengan staff saya pon belum pernah saya buat dan akhirnya saya buat,setelah saya rasa, saya dengan cikepal bukan lagi suami isteri.Ini lah masa saya untuk tahu cerita sebenar.

“Rumah tangga Dewi juga musnah akibat fitnah yang tidak pernah wujud. Akhirnya saya tahu cerita sebenar,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Viral

Tular Video Staf Asingkan Cawan Berisi Hadiah, Chagee Mohon Maaf - "Kami Menjalankan Siasatan Terperinci & Mengambil Tindakan ..."

gempak
20/11/2024
01:47 MYT
Kempen 'Tear & Win' anjuran jenama minuman teh terkenal Chagee telah menimbulkan kontroversi selepas tular sepotong video di media sosial.
Unitar