,
Laman Utama

Didik Diri Berdisiplin Sejak Di Bangku Sekolah, Fasha Sanda – “ Itu Resepi Saya Kekal Relevan”

Shahrin Zulkifle
21/07/2022
12:00 MYT
Pelakon wanita hebat, Fasha Sanda sangat menitik beratkan soal disiplin di dalam kerjaya seninya.
Menurut Fasha, sudah terbiasa mendidik dirinya berdisiplin seawal dibangku sekolah lagi adalah menjadi resipi pihak produksi senang bekerjasama dengannya.
“Alhamdulillah, call time memang saya akan jaga sebaik mungkin, kalau boleh saya akan sampai 15-30 minit lebih awal.
“Saya memang terapkan disiplin itu dalam diri saya dari kecil lagi, sebabnya saya dari sekolah adalah seorang pengawas. Saya sangat pegang soal disiplin dengan betul.
“Pada saya itu adalah resepi yang saya gunakan untuk saya kekal relevan sehingga sekarang.
“Apabila kita menjaga disiplin dan komited terhadap kerja kita, pasti pihak produksi akan beri peluang kerana mereka percaya kepada sikap komited yang ada pada kita.
“Ada juga saya kongsikan dengan pelakon baru, saya pesan untuk sentiasa menjaga disiplin dan jangan malas untuk bertanya dalam mencari ilmu lakonan,” katanya.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, ditemui pada majlis tontonan episod kemuncak drama bersiri Dendam Seorang Isteri yang bertempat di Panggung Asia, minggu lalu.
Dalam masa yang sama, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu turut mengakui sekarang sudah bukan masa untuknya membolot semua tawaran lakonan demi mengejar populariti atau bayaran lumayan sehingga menjejaskan fokus sebagai pelakon.
“Untuk menjaga kualiti saya harus menjadikan setiap karakter yang saya bawa menjadi dan meninggalkan kesan.
“Saya akan sentiasa beri seratus peratus dalam setiap lakonan saya sebabnya saya gembira dengan apa yang saya buat hari ini.
“Banyak kali saya terima tawaran serentak, pernah juga sehingga 5 produksi beri tawaran pada saya dalam bulan yang sama.
“Tetapi saya jenis yang akan pegang satu job sahaja untuk satu-satu masa supaya saya fokus dan berjaya habiskan projek tersebut sebelum boleh ke projek seterusnya.
“Saya tidak menyesal untuk melepas job lain hanya untuk fokus pada satu kerana saya percaya pada rezeki berbanding akan menyusahkan orang lain di kemudian hari,” tambahnya.
Fasha menyimpulkan dirinya tidak bersetuju dengan mengambil dua kerja dalam satu masa kerana dikhuatiri menjejaskan lakonan seseorang pelakon.
Dalam perkembangan lainya, Fasha kini sedang menjalankan pengambaran bagi sebuah rancangan berkonsep Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang bakal bersiaran di saluran Astro Prima.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.