,
Hiburan

Didiagnos Dengan Mild Depression, Dina Nadzir Hilang Kawan - “Mereka Tak Faham & Mereka Rimas”

Muhammad Firdaus
20/05/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnos dengan kemurungan.

“Saya ada hubungi semua orang, dan ada antara kawan saya yang saya hilang...

Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir, 39, berkata perkara itu terjadi apabila dirinya seringkali menghubungi beberapa orang rakan untuk menceritakan permasalahan yang dilalui, namun tindakannya itu dianggap sesuatu yang merimaskan.
“Saya tak pernah ada niat untuk bunuh diri, tetapi psikiatri beritahu yang saya tak boleh mengubah fakta bahawa saya tak boleh bekerja, saya tak boleh berfungsi dengan baik dan saya nampak resah.
“Saya ada hubungi semua orang, dan ada antara kawan saya yang saya hilang. Sebab mereka tak faham dan mereka jadi rimas. Mereka tanya ‘kenapa awak hubungi dan mesej hari-hari?’.
“Saya nak cerita tapi ada orang rasa benda tu remeh. Saya tak boleh nak tidur, tengok TV tak boleh, baca Al-Quran pun tak boleh semua saya dah cuba, tapi semua serba tak kena,” ujarnya.
Sementara itu, Dina ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka anjuran Suria Records yang berlangsung di Cheras, Selangor, sempat berkongsi bahawa dirinya nekad untuk berubah dan melakukan beberapa aktiviti baharu demi mengatasi masalah yang melanda kehidupannya.
"Kemurungan juga buat saya ambil langkah untuk berubah dan perkara pertama saya buat adalah potong rambut,” katanya.

Turun Berat Badan

Selain itu, Dina turut menyatakan bahawa dirinya turun berat badan sebanyak 10 kilogram selepas mengamalkan diet sihat selama tempoh lebih dari sebulan.
"Saya amalkan diet dan Alhamdulillah berat badan saya dah turun sebanyak 10 kilogram dalam tempoh lebih sebulan.
"Sekarang saya sasar nak capai berat badan bawah 100 kilogram," katanya.

BERITA TRENDING: Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.