,
Hiburan

Didakwa Seleweng RM1.7 Juta, Suami BCL, Tiko Dakwa Bekas Isteri Gagal Move On

Maliah Surip
06/06/2024
00:55 MYT
Suami Bunga Citra Lestari, Tiko Aryawardhana akhirnya menjawab berita tentang dirinya yang didakwa menyeleweng duit hasil bisnes kulinari yang dibangunkan bersama bekas isteri, Arina Winarto.
Tiko didakwa menyeleweng sekitar RM1.7 juta duit daripada syarikat yang dikenali sebagai PT ASS.
Syarikat tersebut merupakan perkongsian Tiko dengan Arina sewaktu mereka menjadi suami isteri.
Namun selepas bercerai, Arina mendakwa Tiko yang berkahwin dengan BCL pada Disember tahun lalu didakwa telah menyeleweng sekitar RM1.7 juta beberapa tahun lalu sebelum melaporkan kes tersebut kepada pihak polis.

Peguam wakili Tiko

Tiko melalui peguam, Irfan Aghasar menjawab isu yang ditimbulkan.
Menurut Irfan, pihak Tiko melihat perbuatan Arina melaporkan kes tersebut ke pihak berkuasa kerana gagal ‘move on’ daripada perkahwinan mereka yang berakhir perceraian.

“Mungkin isu ini berkaitan dengan masalah rumah tangga yang belum selesai meski mereka sudah bercerai.

“Saya boleh katakan dia (Arina) gagal move on. Persoalan peribadi seharusnya diselesaikan secara baik, tidak perlu seperti ini (lapor polis),” dakwa Irfan seperti dilaporkan Detik.com.

BERITA TRENDING: Suami Bunga Citra Lestari Dituduh Seleweng Jutaan Ringgit, Bekas Isteri Lapor Polis

BERITA TRENDING: Saiz Perut BCL Jadi Sorotan Netizen, Ramai Speku Sedang Hamil?

BERITA TRENDING: Bunga Citra Lestari Tidak Berhasrat Hamil Lepas Nikahi Tiko Aryawardhana

BERITA TRENDING: Dihenyak Kecaman Lepas Nikahi BCL, Tiko Terima Ucapan Hari Jadi Dari Isteri - “Biarkan Mereka Bergosip Tentang Kamu”

Peguam tersebut juga mengatakan, mengikut persetujuan kliennya bersama bekas isteri, semua permasalahan yang tercetus dalam syarikat tersebut perlu diselesaikan dalam satu mesyuarat bukan melaporkan Tiko kepada polis tanpa pengetahuannya.
Malah Irfan mendakwa Tiko yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan PT ASS tidak pernah menyeleweng duit seperti yang didakwa.
“Dari segi laporan tentang penyelewengan duit sehingga Rp 6.9 miliar (RM1.7 juta), selepas memeriksa dengan pihak polis, jumlah yang dinyatakan tidak sampai begitu.
“Jadi angka yang disebut juga sudah keliru dengan laporan polis yang dibuat.
“Dan klien saya tidak pernah tahu mengenai audit yang dilakukan. Jika ada sila kemukakan.
“Malah pihak klien meminta agar kelak jika kes ini dibicarakan secara terbuka supaya jelas terbukti semua perkara,” katanya lagi.
Arina memiliki 75 peratus saham, Tiko, 20 peratus sementara bapa mentuanya 5 peratus menerusi syarikat PT ASS.

BERITA TRENDING: Netizen Dedah Perangai Panas Baran BCL Yang Pernah Mengamuk Berebut Mihun Depan Tiko

BERITA TRENDING: SPRM Jalankan Siasatan Terhadap Aman Palestin, Dakwa Seleweng RM70 Juta

BERITA TRENDING: Raffi Ahmad Minta Bukti Terbabit Penggubahan Wang Haram Kerana Terlalu Kaya

BERITA TRENDING: Ruhainies Jawab Tuduhan Terlibat Kes Cuci Duit – “Gebu Ke Kita?”

BERITA TRENDING: Tan Boon Heong Dedah Dua Kali Kena Scam, RM2.5 Juta Lesap: “Itulah Kehidupan”

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar