,
Sukan

Didakwa Sebagai Transgender, Kenali Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif

Firdaus
02/08/2024
06:02 MYT
Berjaya menumpaskan lawan dalam masa hanya 46 saat, petinju Imane Khelif tular di media sosial berikutan kemenangannya dalam pertandingan tinju wanita di Olimpik Paris pada 1 Ogos 2024.

Kemenangan Penuh Kontroversi

Bagaimanapun, kemenangan Imane diselebungi kontroversi apabila dikatakan atlet dari Algeria itu secara biologinya adalah seorang lelaki.
Oleh kerana fizikalnya membuatkan ramai orang dibelenggu pertanyaan, berikut merupakan biodata Imane Khelif:
Permulaan Hidup
Imane Khelif dilahirkan pada 2 Mei 1999 dan berasal dari Tiaret, sebuah perkampungan di barat laut, Algeria.
Semasa dia masih bersekolah, Imane terpaksa ke kampung sebelah untuk menghadiri sesi latihan dan menjual besi tua untuk membayar tiket bas.
Ayahnya juga difahamkan tidak bersetuju dengan penyertaannya dalam sukan tinju kerana merasakan ia bukan aktiviti yang sesuai untuk anak perempuan.
Permulaan Karier
Imane Khelif memulakan kariernya dalam Kejuaraan Tinju Wanita Dunia AIBA 2018 di New Delhi, di mana dia tersingkir di peringkat pertama dan berada di peringkat ke-17.
Pada tahun 2019, Imane mewakili Algeria dalam Kejuaraan Tinju Dunia Wanita AIBA di Rusia dan menduduki peringkat ke-33 setelah dikalahkan oleh Natalia Shadrina di pusingan pertama.
Manakala pada Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Imane mewakili Algeria dalam kelas ringan tetapi ditewaskan oleh Kellie Harrington dari Ireland ketika pusingan separuh akhir.
Pada Kejuaraan Tinju Dunia Wanita IBA 2022, Imane menjadi petinju wanita Algeria pertama yang memasuki pusingan akhir setelah mengalahkan Chelsey Heijnen dari Belanda.
Penyertaan Dalam Kejuaraan Tinju Dunia Wanita Dibatalkan
Pada Mac 2023, penyertaan Imane dibatalkan sebelum pertarungan pingat emas di Kejuaraan Tinju Dunia Wanita IBA 2023 kerana gagal memenuhi kriteria kelayakan.
Dilaporkan bahawa penyertaan Imane terbatal disebabkan oleh kadar testosteron yang tinggi.
Ujian DNA menunjukkan bahawa Khelif memiliki kromosom XY, yang menyebabkan dia dikeluarkan daripada acara sukan tersebut.
Bukan Trangender?
Memetik laporan Forbes, Jawatankuasa Olimpik telah mengesahkan bahawa Imane bukanlah seorang transgender sebaliknya memiliki kelainan perkembangan seks (DSD), yang menyebabkan beberapa wanita memiliki kromosom XY dan kadar testosteron yang tinggi.
Di Algeria, identiti transgender dilarang, dan perubahan jenis kelamin pada dokumen identiti diri untuk beralih ke jenis kelamin lain tidak dibenarkan.
Pada tahun 2024, Komite Olimpiade Internasional (IOC) membenarkan Imane untuk menyertai Olimpik Paris 2024 setelah dirinya mematuhi semua syarat dan peraturan yang diperlukan.
Sekadar info, nama Imane Khelif muncul semula minggu ini selepas menewaskan Angela Carini dari Itali dalam masa 46 saat pada Sukan Olimpik Paris 2024.

BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Atlet Wanita Itali Tarik Diri, Dakwa Petinju Algeria Seorang Lelaki

​BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Mara Ke Suku Akhir, Lee Zii Jia Bakal Lawan Sahabat Karib Sendiri, Anders Antonsen

​BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah Lakar Sejarah Ke Separuh Akhir

​BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Atlet Mengomel Makanan Yang Disediakan Kurang Perisa

Selepas menentang Carini, Imane Khelif dijadualkan menentang Luca Hámori dari Hungary pada suku akhir Tinju Olimpik Paris 2024 dalam Kelas 66 kg Wanita pada 3 Ogos 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik

gempak
17/11/2024
16:55 MYT
Pelakon Amanda Manopo mengaku tidak berminat atau tertarik untuk melakukan pembedahan plastik atas beberapa faktor.
Hiburan

Penyanyi Wanita Popular Tipu Duit RM5 Juta, Beri Rakan Berlian Palsu

gempak
16/11/2024
14:55 MYT
Penyanyi Reza Artamevia  berdepan masalah apabila dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana didakwa menipu, menggelapkan duit dengan anggaran kerugian sekitar RM5 jut
Unitar