,
Hiburan

Didakwa Miliki 500 Unit Rumah Mewah, Siapa Rey Utami Artis Terkaya Indonesia 2024?

Maliah Surip
11/06/2024
08:50 MYT
Indonesia Artist Watch baru-baru ini mengeluarkan senarai Artis Terkaya Indonesia untuk tahun 2024.
Menerusi hasil analisis dan tinjauan yang dijalankan, lima selebriti popular ini dinamakan sebagai yang terkaya berbanding lainnya.
Berada di posisi pertama atau artis terpaling kaya 2024 versi Indonesia Artist Watch adalah Rey Utami. Rey Utami menewaskan kekayaan yang dimiliki oleh pesohor seni lain termasuk Agnes Monica dan Raffi Ahmad.

BERITA TRENDING: 7 Hari, Tenggat Rujuk Pablo Benua dan Rey Utami Perbaiki Rumah Tangga

BERITA TRENDING: Gara Gara Kes Hina Kemaluan Ikan Masin, Rey Utami Mahu Bunuh Diri Kerana Disumbat Ke Penjara

BERITA TRENDING: Kes Hina Kemaluan Bau Ikan Masin: Setahun Empat Bulan Dalam Penjara Rey Utami Kini Bebas! Ini Yang Berlaku

BERITA TRENDING: Polisi Sebut Adanya Unsur Pornografi di Channel Youtube Rei Utami dan Pablo Benua

Tapi siapa Rey Utami?

Menerusi laporan yang dikeluarkan liputan6.com, Rey Utami adalah isteri kepada Pablo Benua Putera dan baru berusia 37 tahun.
Rey dinobatkan sebagai Artis Terkaya Indonesia 2024 berdasarkan aset yang dimilikinya bukan hanya dalam bidang hiburan tetapi juga cabang perniagaan yang pelbagai.
Selain terkenala sebagai pempengaruh dan hos, Rey adalah pemilik jenama kecantikan terkenal KHARITES BEAUTY. Dia juga memiliki Beauty Lounge dengan 24 cawangan di seluruh Indonesia.

"Rey Utami juga menerima jolokan sebagai Ratu Properti di Kawasan Sentul City kerana memiliki lebih dari 500 unit aset berupa rumah mewah yang siap dihuni dan dijual beli,” ujar Dr. Ferry Situmorang, SH., M.Si, Ketua Indonesia Artist Watch.

Selain itu Rey juga sukses dengan perniagaan kulinari di bawah Rumah Kuliner Reyutam yang antaranya menjual menu bakso dan makanan laut secara atas talian.
Malah kekayaan Rey Utami didakwa mencapai angka Rp 6,3 triliun serta aset berupa rumah dan deretan kenderaan mewah.

Agnes Monica

Duduk di posisi kedua Artis Terkaya di Indonesia adalah penyanyi Agnes Monica.
Bintang yang juga terkenal sehingga ke Amerika Syarikat itu dikatakan masih menjadi penyanyi dengan bayaran paling tinggi di republik tersebut.
“Agnes memiliki kekayaan bukan hanya dari hasil menyanyi tetapi dunia bisnes,” kata Ferry.
Hos dan selebriti terkenal, Raffi Ahmad pula duduk di posisi ketiga Artis Terkaya di Indonesia 2024.
Selain tiga selebriti yang berada di tangga teratas, penyanyi dangdut Ayu Ting Ting dan pemilik podcast Deddy Corbuzier juga masuk dalam senarai 5 Artis Terkaya di Indonesia 2024.

BERITA TRENDING: Netizen Syak Ustaz Solmed Pakai Duit Sedekah, Rumah Macam Istana Siap Ada Pam Minyak Mini

BERITA TRENDING: Selepas Rumah Mewah, Bau Badan Ustaz Solmed Pula Jadi Bualan!

BERITA TRENDING: Diberi Kenderaan Mewah Jaguar, Ustaz Abdul Somad: “Yang Diharapkan Kiriman Al Fatihah”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.