HIBURAN
Didakwa Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur, Kim Soo Hyun Akan Keluar Kenyataan Minggu Depan
Agensi yang menjaga pelakon, Kim Soo Hyun iaitu Gold Medalist mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi yang sedang melanda pelakon jagaan mereka.
Dalam Satu kenyataan Gold Medalist memaklumkan bahawa Soo Hyun akan menjelaskan dan menjawab segala khabar angin yang dilemparkan dengan mengemukakan bukti yang jelas dan kukuh.
"Kami memohon maaf kerana terpaksa mengambil masa dan meminta pemahaman anda kerana kami berhasrat untuk menghentikan laporan palsu dari terus dikeluarkan," katanya.
Pengumuman ini mengejutkan ramai netizen dan rata-rata berpendapat bahawa kelewatan memberikan kenyataan rasmi akan merosakkan imej Kim Soo Hyun secara profesional dan peribadi.
Ramai yang menjangkakan pihak agensi akan bertindak lebih pantas dalam menangani isu ini, namun keputusan untuk menangguhkan kenyataan rasmi sehingga minggu depan menimbulkan tanda tanya.
"Kenapa perlu tunggu seminggu? Ada bukti gambar, mesej, dan surat—mereka hanya mahu beli masa untuk mencari jalan keluar.
"Jika tuduhan ini tidak benar, mereka sepatutnya segera mengeluarkan kenyataan dengan bukti. Melambatkan respons hanya menambah syak wasangka.
"Mereka pasti sedang merangka strategi pemulihan imej kerana bukti yang didedahkan terlalu kuat untuk disangkal begitu sahaja,” kata netizen.
Terdahulu, saluran YouTube, Hoverlab pada Isnin mendakwa bahawa Soo Hyun menjalin hubungan dengan mendiang Sae-ron ketika dia di bawah umur.
Hoverlab mendakwa pasangan itu menjalin hubungan selama enam tahun, bermula ketika Sae-ron berusia 15 tahun dan Soo Hyun berusia 27 tahun.
Kim Sae-ron, bintang filem "The Man from Nowhere" dan "The Neighbors," ditemui mati di rumahnya bulan lalu, pada usia 24 tahun.
Sehari selepas dakwaan itu dibuat, Hoverlab mengeluarkan gambar yang menunjukkan pelakon itu mencium pipi Sae-ron.
Gold Medalist kemudiannya mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, dan memberi amaran akan mengenakan tindakan undang-undang.
Must-Watch Video