HIBURAN
Didakwa Ambil Kesempatan Isu Ellie Suriaty & Imran Bard, Alha Alfa Bidas Netizen! - “Maaf Saya Bukan Hamak Benda Viral Untuk Dijadikan Konten”
Usahawan kosmetik dan jurusolek artis terkenal, Datuk Seri Alha Alfa menegur seorang netizen yang memberikan komen berbaur fitnah terhadap konten terbaharunya melibatkan pelakon, Ellie Suriaty.
Tak hamak konten viral, dah rekod sebelum isu Ellie-Imran
Konten yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya itu merakamkan Alha memberikan sentuhan magisnya kepada Ellie dengan menata rias wajahnya dengan menggunakan elemen solekan ‘wedding look’.
Bagaimanapun netizen itu mendakwa Alha seolah-olah mengambil kesempatan di atas kontroversi melibatkan Ellie dan pempengaruh, Imran Bard yang sedang berlaku pada ketika hantaran tersebut dimuat naik.
“Jadi halal tak dia (Ellie) dapat job atas video Imran Bard itu?” komen netizen berkenaan.
Tidak berdiam diri, Alha tampil memberikan hantaran balas terhadap komen yang ditinggalkan individu tersebut.
Jelas Alha, video bersama Ellie sudah lama dirakam sebelum tercetusnya kontroversi melibatkan pelakon itu bersama Imran.
“Mula-mula malas nak layan tapi melampau, dari hari itu saya diamkan tapi maaf, saya bukan hamak benda benda viral untuk dijadikan konten.
“Saya panggil kak Ellie sebelum terjadinya isu sesama dorang, nampak? 16 januari ya adik adik, kakak kakak, makcik makcik semua,” jelasnya.
Tak ada kaitan isu kontroversi
@alhaalfaofficial ramadhan DAY 1 : kak ELLIE SURIATY ❤️❤️ 30ramadhan 30selebriti 30makeupRAYA bersama alha alfa cosmetics! #30ramadhan30selebriti30makeupRAYA ♬ original sound - ALHAALFACOSMETICS
Malah kata Alha, dia juga tidak gemar mengambil kesempatan dengan melakukan konten atas isu-isu tular yang berlaku di media sosial.
“Tak ada kaitan sebab dah viral kak Ellie banyak job dan tak ada kaitan sebab Imran naikkan nama dia ke apa.
“Saya kenal beliau waktu saya jemput datang ke podcast saya pada 1 November lagi, terus saya offer untuk join,” maklumnya.
Terdahulu, nama Imran hangat diperkatakan di media sosial selepas dia didakwa mencalarkan nama Ellie menerusi dua hantaran di TikTok dengan kandungan sensitif berunsur fitnah.
ARTIKEL BERKAITAN:Ellie Suriaty Setuju Jumpa Imran Bard - “Sesi Ini Akan Jadi Penentu Sama Ada Saya Teruskan Saman Atau Sebaliknya”
ARTIKEL BERKAITAN:Imran Bard Sekali Lagi Buat Permohonan Maaf, Mahu Jumpa Ellie Suriaty Depan-Depan - “Saya Akui Nama Tak Boleh Dipetik Apatah Lagi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Caprice Cadang Imran Bard & Ellie Suriaty Selesai Cara Baik - “Tak Perlu Libatkan Ibu Bapa…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Jadi, Saya Kena Buat Apa?” - Imran Bard Jawab Isu Ellie Suriaty, Dedah Ibu Sedang Dirawat di Hospital
ARTIKEL BERKAITAN:Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf - “Maruah Tercalar & Saya Rasa Terhina”
Susulan itu, Ellie menuntut agar ibu bapa Imran Bard memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.
Akan tetapi, tuntutan tersebut tidak dipenuhi oleh Imran sebaliknya dia memuat naik satu konten memohon maaf dalam cara sarkastik yang mendapat kecaman ramai.
Bagaimanapun baru-baru ini Imran menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan pelakon senior itu secara peribadi bagi menyampaikan permohonan maafnya secara bersemuka.
Must-Watch Video