,
Viral

"Dida Dah Lama Cari Payish, Mana Payish Pergi?" - Ini Reaksi Fazley Yaakob Apabila Tular Wajah Pengguna Twitter Mirip Anak Sulungnya

Amri Hassan
25/07/2018
02:24 MYT
Viral di Twitter apabila seorang pengguna memuat naik fotonya bersebelahan gambar anak sulung selebriti Datuk Fazley Yaakob, Ahmad Fariedz Shah atau mesra dipanggil Payish.
Menerusi perkongsian mencuit hati itu, pemilik akaun @thezedddd itu bertanyakan keserasian wajahnya dengan anak chef selebriti itu.
"Sama ke muka aku dengan anak Datuk Fazley?" tulisnya bersama sekeping foto berbaju kemeja hijau. Pertanyaan itu bagaimanapun mendapat perhatian Fazley sendiri dan ini jawapan penyanyi lagi Coklat Kek itu.
"Salam My Son... Dida dah lama cari Payish. Mana Payish pergi? Merajuk dengan Dida ya?
"Meh sini Dida pujuk dengan Chocolate Cake nak?" balas Fazley. Perkongsian itu menghiburkan dan mendapat reaksi lucu dalam kalangan netizen.
Malah, ramai yang meminta kedua-duanya dipertemukan jika ada kesempatan.

#Twitter tak pernah mengecewakan ? Korang kenal mamat ni?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Teks oleh: Amri Hassan Foto: @fazleyyaakob
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.