,
Laman Utama

Dicop Penunggang Agama, Datuk Seri Vida Anggap ‘Sejadah Doa Makbul’ Telah Disalah Erti!

Hanafis Haris
04/08/2021
04:25 MYT

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida akui menerima banyak kecaman gara-gara jualan sejadah baldu yang diberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’.

Menurut Vida, apa yang dilakukannya ketika ini sebenarnya telah disalah erti oleh kebanyakan netizen.

“Saya dicop penunggang agama. Dipersalah erti sebab saya jual sejadah baldu yang diberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’.

“Saya mendapat banyak kecaman dari warganet dan netizen.

“Tapi Alhamdulillah masih ada yang bersama saya, terima kasih,” katanya.

Jelas Vida lagi, nama sejadah berkenaan sebenarnya diambil daripada kawasan Multazam, iaitu antara tempat doa cepat makbul.

“Inspirasi kawasan Multazam. Teringat doa di Multazam waktu pergi Umrah tahun tahun sebelum ini.

“Cara saya nak lepaskan rindu saya keluarkan sejadah yang diinspirasikan daripada pintu kaabah, Hajarul Aswad, Kiswah di Masjidil Haram,” katanya lagi.

Terdahulu, Vida menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dia sengaja memilih nama ‘Sejadah Doa Makbul’ demi salah satu cara pemasaran.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

gempak
22/08/2024
07:25 MYT
Anak gadis kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sememangnya popular dengan tingkah lakunya yang seakan-akan lelaki.
Viral

“Tak Ada Perasaan Rindu… Trauma Dengan Dia” - Cik B

gempak
02/07/2024
06:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B menganggap ibunya adalah segalanya termasuklah memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam keluarga mereka.
Viral

“Kadang Lupa Dia Perempuan, Sumpah Comel!” - Ramai Terpegun, Netizen Setuju Trend Asoka Cik B Paling Menang!

gempak
19/05/2024
05:53 MYT
Selepas usahawan sensasi, Datuk Seri Vida membuat trend Asoka, kini perhatian netizen tertumpu pada anak sulungnya iaitu Cik B.
Viral

Guru Bukan Islam ‘Terkesima’ Terima Sejadah, Tasbih Digital Sempena Hari Guru

gempak
17/05/2024
04:30 MYT
Seorang guru terhibur kerana telah menerima hadiah selembar sejadah dan tasbih digital daripada salah seorang anak muridnya sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.
Hiburan

Tak Perlu Panjang Cerita, DSV Nasihat Aliff Aziz Move On

gempak
15/05/2024
05:55 MYT
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) menitipkan pesanan buat pelakon dan penyanyi Aliff Aziz agar tidak memanjangkan lagi isu kontroversinya.