,
Laman Utama

"Diana Satu Dalam Sejuta" - Mas Khan

Zulaikha Yusof
15/06/2021
07:30 MYT
Sebelum ini, pelakon Mas Khan, 27, lebih memilih untuk mendiamkan diri serta enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama ahli perniagaan Diana Nasimuddin, 39.
BACA: Ditanya Tentang Diana Nasimuddin, Ini Respon Mas Khan
Terbaru, Mas Khan kelihatan bersikap terbuka apabila memberi bayangan yang dia kini sedang menyulam kasih dengan Diana menerusi Ask Me Question.
"Apa yang istimewa mengenai Diana? Maksud saya apa yang telah dia lakukan atau miliki sehingga membuatkan anda menyukainya?" tanya seorang pengikut.
Menjawab soalan daripada netizen, pemilik nama Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan menyatakan Diana menepati ciri-ciri wanita idamannya.
"Diana adalah segala-galanya. Dia melambangkan kualiti yang saya impikan dimiliki oleh seorang wanita.
"Dia juga satu dalam sejuta. Mengambil berat, bijak, berfikiran terbuka, matang, punya ciri keibuan, berpenampilan tinggi dan penyayang. Itulah Diana," jawabnya.
Sebelum ini, Mas Khan dan Diana kerap kali berkongsi gambar bersama di Instagram (IG) masing-masing.
Diana adalah salah seorang anak perempuan ahli perniagaan automatif terkenal, Allahyarham Tan Sri Datuk Sri Utama Sheikh Mohammad Nasimuddin Kamal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson

gempak
11/09/2024
09:10 MYT
Pelakon, Amelia Henderson menjelaskan hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid hanya sekadar kawan.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.