,
Laman Utama

Diana Amir Mengaku Sudah Berniqab - "Saya Segan Nak Kupas Isu Ni, Mohon Doakan"

Amri Hassan
20/01/2022
04:30 MYT
Pelakon Diana Amir mengakui segan untuk mengupas lebih lanjut mengenai penampilan terbaharunya kini yang sudah berniqab.
Jelas Diana, dia memohon peminat dan orang ramai mendoakannya dan terus membuka hatinya untuk belajar tentang agama.
"Sebenarnya saya segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada orang tanya saya hanya minta mereka doakan saya.
"Jadi mohon sahabat yang berhati mulia doakan saya yang banyak lagi nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah Allah," kongsinya di Instagram.
Dalam hantaran sama, Diana turut memuatnaik sepotong video daripada temubual bersama Hijabista baru-baru ini.
Dalam video berkenaa, Dia mengakui mahu mencari keberkatan dan keredaan Allah.
Tambah Diana, berniqab merupakan salah satu fasa dalam kehidupannya dalam dan mengharapkan doa daripada orang ramai.
"Ini salah satu fasa untuk saya nak dekatkan diri dengan Allah, jadi saya harap doakan yang terbaik.
"Yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan paling penting hati saya melakukan apa-apa saja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahitaala. Semoga mendapat rahmat Allah," katanya.
Mengulas mengenai perjalanan untuk istiqamah, kata Diana dia harus mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar dipermudahkan oleh-Nya.
"Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dirinya sendiri. Kalau niat dia kerana Allah, insya-Allah kita berjalan kepada Allah.
"Allah akan 'berlari 'nka bantu kita. Nak dekatkan diri kita peada Allah.
"Jadi, saya rasa sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ni haruslah bersangka baik dengan Allah.
"Kalau ktia dapat yang buruk-buruk kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabaran. Tapi kalau kita istiqamah, cari apa hikmahnya kita akan dapat," tambahnya.
Sumber video: Hijabista
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.