,
Hiburan

Diambil Daripada Kisah Benar, Filem ‘Makmum’ Boleh Buat Anda Fobia Solat Dalam Gelap

Azwa Rahman
19/06/2019
08:50 MYT
Sebuah filem seram terbaru dari Indonesia bertajuk ‘Makmum The Movie’ bakal menghantui anda terutamanya ketika anda solat seorang diri.
Filem ini mula mendapat perhatian apabila trailernya yang berdurasi hampir satu minit itu tular di media sosial.
Trailer tersebut menunjukkan pelakon Titi Kamal yang sedang menunaikan solat Magrib terhenti apabila pintu di ruang solat tiba-tiba terbuka.
Dia kemudiannya pergi ke depan pintu untuk melihat siapa yang buka namun tidak melihat sesiapa pun.
Dia kembali menunaikan solat namun ketika mengangkat takbir, ada suara yang mengikutinya dari belakang.
Dia kemudian resah dan ketakutan kerana memikirkan hanya dia seorang sahaja yang berada di ruang solat itu.
Biarpun trailernya ringkas sahaja, namun ia mampu membuatkan bulu roma merenang dan mungkin, anda bakal fobia untuk menunaikan solat di ruangan yang gelap.
Filem yang diadaptasi daripada sebuah filem pendek arahan Riza Pahlevi ini diangkat daripada sebuah kisah benar.
Walaupun masih belum tentu bilakan tarikh filem ini akan memasuki Malaysia, pastinya ramai yang ternanti-nantikan debaran filem ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.