Hiburan
"Diam Tak Diam 11 Kali Juga Bersaing Di Pentas SFMM" - Akim Ahmad
Penyanyi Akim Ahmad mendedahkan sudah kali ke-11 dia berentap di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik sepanjang perjalanan karier seninya.
Menurut Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 29, berkata persembahan pada Selasa lalu adalah hadiah untuk peminat yang tidak pernah berhenti menyokong.
"Diam tak diam 11 kali juga bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik. Atas kesyukuran ini, persembahan semalam khas untuk semua yang tak pernah give up nak melihat diri ini.
"Terima kasih banyak (dah lama tak menari badan terseliuh gaisss). Segala puji bagi-Nya beri kami karya untuk anda nikmati," tulisnya di Instagram (IG).
Akim dan isteri, penyanyi Stacy telah membuat persembahan lagu Aku Kau Dan Muzik namun gagal mendapat tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Dalam pada itu, bekas Juara AJL30 ini menyatakan dia akan tetap terus menghasilkan karya-karya muzik.
"Ada rezeki izin Illahi, tak ada rezeki kita bikin lagi!!! Dan tahniah kepada semua finalis-finalis #AJL35," tulisnya lagi.
AJL35 dijangka akan berlangsung pada 7 Februari 2021, secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Must-Watch Video