,
Laman Utama

Dialog Lakonan Dianggap ‘Menghina’ Wanita, Maszlee Malik : “Banyak Yang Boleh Dipelajari Selain…”

Asyikin Mayudin
30/01/2023
04:50 MYT
Susulan penggunaan dialog kasar dan tidak bersesuaian dalam siri drama Kudeta, bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memohon maaf khususnya kepada golongan wanita.
Maszlee, yang melakonkan watak bekas perdana menteri yang dipenjarakan dalam siri berkenaan, mengakui kesal dengan penggunaan ayat yang tidak sepatutnya diucapkan.
Kata Maszlee, beliau sedar impak karya seni seperti filem dan drama dalam menyampaikan sesuatu mesej, namun tidaklah sehingga menyinggung atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
"Saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak perdana menteri jahat di penjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya, yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.
"Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Dalam drama tersebut, Maszlee yang memegang watak Jamal Banna mengungkapkan dialog yang berbaur penghinaan kepada kaum wanita.
Dialog tersebut sekali gus menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak memandangkan latar belakang Maszlee sebagai bekas menteri yang memegang portfolio pendidikan.
Justeru, Maszlee berharap pihak penerbit dapat menapis babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak.
Sementara itu, Maszlee turut mengajak orang ramai untuk menonton siri Kudeta yang juga merupakan drama Melayu pertama berunsur politik, thiller dan aksi.
"Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut," ujarnya lagi.
Sumber - AWANI
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dari Politik Ke Lakonan, Dr Maszlee Malik Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam Kudeta - "Vanidah Banyak Ajar Saya ..."

gempak
06/01/2023
09:46 MYT
Wah Bekas Menteri Pendidikan ni siap belajar dengan Vanidah Imran
Laman Utama

Alasan Aedy Ashraf Selalu ‘Belanja’ Body Di Media Sosial, Seram Terima Gambar Ekstrim Lelaki & Perempuan

gempak
31/12/2022
02:55 MYT
Aedy Ashraf antara pelakon yang punyai tubuh yang menarik.
Laman Utama

Vanidah Imran Kongsi Pengalaman Nikah Kali Kedua: “Abah Kata No, Usia Awak Tak Sesuai Kahwin Lagi…”

gempak
30/12/2022
02:43 MYT
Pernikahan di antara Vanidah, 49, dengan Arifabillah Idris, 43, adalah yang kedua kali bagi pasangan ini.
Laman Utama

Dakwaan Berfoya Di Kelab Malam, Aedy Ashraf Akhirnya Bersuara - "Saya Bukan Warak, Hanya Hutang Penjelasan Dengan ..."

gempak
25/11/2022
01:55 MYT
Aedy Ashraf akhirnya bersuara.
Laman Utama

PRU15: “Maaf Atas Salah Silap Sepanjang Saya Menjalankan Tugas” - Maszlee Malik

gempak
19/11/2022
21:50 MYT
Maszlee terima kekalahan dengan hati terbuka