,
Laman Utama

"Dia Sakit, Solat Pun Guna Kerusi, Sampailah Saya Beri Dia ..." - Dynas Mokhtar

Amri Hassan
20/11/2021
11:50 MYT
Pelakon tinggi lampai Dynas Mokhtar bersyukur rakan artisnya yang sebelum ini menderita sakit bahagian lutut akibat kecederaan kini sudah pulih selepas mengesyorkan produk Black G.
Kongsi Dynas, dia sendiri terkejut dengan perubahan positif kesihatan rakannya itu sekali gus memberikan keyakinan utuh bahawa produk yang diusahakan bersama rakan kongsinya, Mohamad Mughniy Mohamad betul-betul berkesan.
"Kami berlakon sama-sama dan saya perasan dia terpaksa solat guna kerusi disebabkan masalah pada lututnya akibat terjatuh. Umur masih muda dan sudah enam bulan menjalani rawatan.
"Kemudian saya berikan dia cuba Black G Plus Liquid dan Alhamdulillah dengan izin Allah dia semakin pulih selepas dua minggu. Sampaikan dia tawarkan diri mahu menjadi agen dan memberikan produk ini kepada keluarganya.
"Dia terus amalkan hingga sekarang dan bersama-sama kongsi kebaikan. Saya gembiralah sekurang-kurangnya dapat membantu rakan yang sedang alami kesulitan," katanya kepada Gempak.
Dynas ditemui pada majlis pelancaran produk Black G dan kolaborasi bersama platform e-dagang Shopee di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Dalam pada itu, Dynas turut memberikan produk yang diusahakannya itu kepada suaminya ketika disahkan positif virus COVID-19.
"Itu antara ikhtiar saya untuk membina semula imunisasi tubuhnya, ketika itu dia hilang suara dan deria rasa. Mood pun hilang.
"Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik. Saya tak kata ia boleh sembuhkan COVID-19 tetapi ia berupaya membantu mengembalikan tenaga.
"Malah, saya pun turut sama amalkan kerana bimbang saya menjadi kontak rapat suami saya. Alhamdulillah saya negatif," kongsi Dynas teruja.
Tiga produk terlaris yang dipasarkan di bawah Black G Sdn Bhd iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original akan mula dijual di laman membeli belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini di bawah flagship store Black G Nutrima by Dynas Mokhtar.
Produk Black G juga terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 berdasarkan kualiti dan manfaatnya.
Malah, produk ini disokong Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan dijangka akan dipasarkan di negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar